Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, December 31, 2009

tiDak pErlU

salam
tidak perlu buat org sedih...nanti awk yg sedih
tidak perlu buat org marah...nanti awk yg sedih
tidak perlu buat org geram...nanti awk yg sedih
tidak perlu buat org nangis...nanti awk yg sedih
buat org gembira...nanti awk gembira
buat org tersenyum...nanti awk gembira
buat org sayang...nanti awk gembira
"ingat kakak, pesan ibu.kakak berjiwa sensetif n lembut,sebab itu kakak rasa mcm ape kakak kate"kata ibu kpd anaknya selepas anaknya meluahkan perasaan ini:
kakak sedih bila rasa org marah kakak
kakak sedih bila rasa org geram ngan kakak
kakak sedih n nangs bila ada ketegangan dlm hubungan
kakak minta maaf ye...
salam

rInDunyEee


salam
Sudah lama Diha xmenulis di ruang ini.Terasa rindu sangat.Disebabkan cuti sem dan hal yg tak dpat dielakkan,Diha terpaksa menyimpan hasrat utk menulis di sini.Adakah sudah bersawang?or byk dah semut2,labah2,berkeliaran di blog tersayang ini?Hmmm...hope Diha dapat bersihkannya dgn pelbgai citer nanti,I'ALLAH.Wlpn Diha kurg chat,tapi Diha gagahkan juga krn rindu yg mendalam utk menulis,berstori mori,sharing maring kat sahabat.
***sawang labah-labah(btol k ayt ni???) n semut akan dibersihkan,chayok3***

Hari ini, genap 6 hari Diha jejak kembali ke bumi ilmu ini iaitu UPM,n bermulalah fasa baru bagi Diha.Alhamdulillah, pejam celik,pejam celik, dah masuk semester ketiga Diha di sini.I'ALLAH Diha akan cuba selesaikan master ini thn depan.Doakan semuanya berjalan lancar.
Hari ini juga hari terakhir tahun 2009.Untuk awal muharam Diha tersedih n terkilan juga x dapat menulis sesuatu di sini. Hope Diha dapat menulis utk covernya nanti,I'ALLAH.

Cik Botben(broadband) pun dah xda dah,sedih juga bila dia xda.Kena bg pada tuan(my little brother) yg berhak kan.Hari tu diberi pinjam jer.Hope Diha dpt mencari penggantinya, hope adik beradik cik botben juga.Charger laptop pun Diha dah beli smlm,menggantikan charger yg demam n mogok sblum ni.Jd boleh on sentiasa laptop ni. Alhamdulillah, wlyes di sini kuat plak,mb awal2 sem.Ada hikmah n bantuan dariNYA.Syukur sangat.
Okey,salam rindu dari cik blogger,wadihan.

Tuesday, November 17, 2009

keHiDupaN

salam
########################
kesenangan yg datang
tak akan selamanya
begitulah selepas susah ada kesenangan
seperti selepas malam datangnya siang
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
gunakan kesempatan untuk kebaikan
sebelum segalanya terlepas dari genggaman
kelak menyesal nanti tak berkesudahan
apa guna sesalan hanya menekan jiwa
jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada tuhan
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelas kabus berlalu pasti cerah kembali
ujian adalah tarbiyah dari ALLAH
apakah kita kan sabar atau sebaliknya
kesenangan yang datang selepas kesusahan
semunya adalah nikmat dari tuhan
###########################
kehidupan-inteam&nazrey raihan
salam kehidupan

seGengGam taBaH

salam
#################
bertali arus dugaan tiba
menakung sebak air mata
namun tak pernah pun setitis
gugur berderai di pipi
tidak ditempah hidup sengsara
suratan nasib yg melanda
menongkah badai bergelora
diredah bersendirian
bagaikan camar pulang senja
patah sayapnya tetap terbang jua
sekadar secicip rezeki
buat yg sedang rindu menanti
segenggam tabah dipertahankan
buat bekalan diperjalanan
kau bebat luka yg berdarah
kau balut hati yg calar
telah tertulis suratan nasibmu
derita buatmu ada hikmahnya
terlukis senyum di bibir lesu
tak siapa tahu hatimu
biarpun keruh air di hulu
mungkinkah jernih di muara
biarpun jenuh hidup dipalu
pasti bertemu tenangnya
####################
segenggam tabah-inteam
salam ketabahan

raHmaT uJiaN

salam
###############
dalam derita ada bahagia
dlm gembira mungkin terselit duka
tak siapa tahu
tak siapa pinta ujian bertamu
bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yg remuk menderita
insan memandang
mempunyai pelbagai tafsiran
segala takdir
terimalah dgn hati terbuka
walau terseksa ada hikmahnya
harus ada rasa bersyukur
di setiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
ALLAH mengasihimu setiap masa
diuji tahap keimanan
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yg terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rahmatnya
ALLAH rindu...mendengarkan
rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah
menghadapi segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu
###################
rahmat ujian-mestica
salam rahmat

meNcaRi keKuAtaN

salam
hidup memerlukan pengorbanan...
pengorbanan memerlukan perjuangan...
perjuangan memerlukan ketabahan...
ketabahan memerlukan keyakinan...
keyakinan pula menentukan kejayaan...
kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
####################################
jika anda menyayangi seseorang itu kerana ALLAH
maka jgnlah bertengkar dan berbalah dgnnya
jgnlah menanyakan sesiapa tentangnya
krn org yg ditanya itu mungkin memberitahu anda
perkara yg mengelirukan
yang boleh menghalang
perhubungn anda dgn org itu
***mungkin...mb sebaliknya kan???
renungan bersama...
salam kekuatan

Thursday, November 12, 2009

siTuasI iTu n iNi

salam
Situasi itu dan ini...Semalam Diha ada belajar o dpt pgalaman sumting.Sebenarnya,nak share ngan sahabat2.
Situasi pertama:
Okey,chow(btol ke ejaannya?)dulu.Ini Diha dapat dgr masa nak kuar tren semalam.Chow????Yang ckp tu gurlz pakai tudung ok.Bukan kaum len.Bukankah kita org Islam.Ckp o beri salam kan lebih elok.Memberi doa n insyaALLAH org len mendoakan kita balik moga sejahtera.Doa pendek mcm tu pun xnak buat.Hmmm...terpk sejenak Diha dgn keadaan ni.Praktz make prefect!amalkan lah budaya kita,bukan budaya luar.Chow cincau baru tau!Boleh ckp,tapi lpas tu beri salam.Ok wat???
Situasi kedua:
Time naik teksi.Mak aiii..kuatnya radio.Belakang ni ada penumpang kan????Pekak o kurg dengar wahai saudara?Diha jadi pening naik teksi tu dengan lagu satu patah perkataan pun Diha xfhm.Dah la nak kenakan bayaran lbh.Tapi dengan tegasan Diha,alhamdulillah ikot harga biasa.Diha terpk sejenak kembali,hmm...bukan ker setiap pekerjaan ada etika.Jadi sebagai pemandu teksi buat o jlnkan lah etika sebagai pemandu teksi.Hormat penumpang dia.Dalam kaunseling pun ada etika kaunseling,kaunselor.Hmmm..Diha teros terpk,nanti if kijer,Diha kena ikot etika kaunselor agar tidak berlaku o timbul mslh.Diha mls nak sound cz guy indian tu mcm garang.Takut nanti kena stop tepi jln.Kuikui.
Situasi ketiga:
Ini untuk Diri sendiri.Hmmm..ape yang kita nak,tak semestinya kita dapat(Dapat terus).Mmg sedih sikit,tapi pk mb ada hikmah.Kena positif.Kena sabar.Diha terpk masa otw nak naik LRT.Hmmm....
Salam pandang.

Wednesday, November 11, 2009

haRi woKsyOP kAmI

salam

Today ada pengalaman baru bagi Diha n Kak Qis.Nak jadikan cerita, keta kak Qis demam hari ni.H!N!(bukan3)...hahaha.Al-kisahnya mcm ni.Pagi2 pas bfaz,kami g la nak isi minyak.Tgok2 temperature kete kak Qis naik.Cuak lah puan Balqis tu.Hehe.Then tanye mr.husband dia.Soh tgok air.Kat Petronas,tgok2 air..hmm,memang kering kontang mcm padang pasir tu.Hahaha.Yang kelakarnya,kak Qis xtau ape2 pun ttg keta.Dia tau bawa jer.Kuikui.Sowi akak.Then Diha yang berpengalaman ini(wek3...)pun buatlah mcm bijak(haha,bwa kete manual merangkak,tp bab itu ok lah).Isi air,then ok,jln.Jalan ciput jer,tmprture naik lagi.Stop balik,then try nak idupkan kete...tros xidup.Hoho...cuak3.Then adalah pakcik tlong,pakcik teksi.Tgok2 kat tmpt batery yg nak charge ngan wayar kete tu putus...dah reput.Hahaha...lawak time pns2 ni.Tp pakcik teksi yg pertama ni mcm takot2,jd call la mekanik yg sebenarnya mencekik darah.Then pakcik teksi yg kedua tlong,bos petronas bg cadangan soh g kedai melayu yg dekat.Siap beli jumper bagai.Ish3.Alhamdulillah,ok dah.Then timbul lg mslh,tmpture naik n naik lg(ape ni,asyik naik jer...demam panas tol kete kak Qis ni.)Jadi terpaksa dikuarantin selama 1 jam lebih untk tukar moto kipas.Pergi balik woksyop tadi.Kedai Melayu tau!Yang Diha nak citer ialah,mekanik kami kali ni,gurl.Ulang lagi sekali,GURL.Tabik spring la Diha n Kak Qis kat dia.Dah la baru umur 18 thn.Power tol.Mb ayah dia ajar,ialah anak tauke kan.Hmmm....if soh ambik ujian JEPI iaitu ujian personaliti yg nak tau kerjaya apa yg sesuai,mesti tmpt maskulin-feminin,arah kerjaya n cara dia ke arah maskulin.Ialah,mekanik adalah kerja guy.Tapi xbermakna dia tomboy ok.Adik tu ttp mcm gurl len.Pakai tudung lg.Tabik spring lagi sekali.Hehe.Dah la muda,jd gaya budak2 tu ada lagi.Diha pun duk tgok n gelak jer.Kadang2 tu nampak comey.Hahaha.Bagus adik tu.Akak Diha(wahhh...akak)bangga ngan adik.Susah nak tgok tau org mcm ni.Alhamdulillah, hampir setgh hari berada di woksyop n menjemur diri untuk mengambil vitamin selama hampir 2 jam.Hahah,actly temankan kete kak Qis yg kepanasan,sbg tanda menyayangi dia yg banyak berbakti,kami pun sama2 berjemur.Aiman xkisah,kami lagi xkisah.Hehe.Atas apa yg berlaku,banyak gak Kak Qis dapat nasihat dr Adik Diha ni.Cian2.Antaranya(tgok air,minyak itam n senang kata tgok2lah kete tu bfo jln,paling tak pun seminggu sekali)Hehe...jgn marah.Diha pun belajar dr org lain.Pas dah sattle tu barulah dapat g KL.Itulah kisahnya,hari woksyop kami.Now,Mr. PFX dah chat...leh jln2 balik Penang!
***kete tersadai mcm kena salai,hahaha******tgok,penyambung kat batery tu dah reput,putus,kuikui.Dahsyat!******haaa...inilah mekanik gurl yg kami tabik spring2.Cayalah dik!***

salam pengalaman...

Sunday, November 8, 2009

seMangaT:so0O cUtEeee



salam

Cute sgt..diha suke.Cute tak???Pic ni kwn kpd post "peperangan bermula"yg lps. Tgok jer pic ni jd epy,tersenyum,n boleh jd semangat.Jadi terapi gak kan..memang, gambar or lukisan leh mempengaruhi minda,hati n perasaan.Now,epy jer tgok pic bear atas tu.Semangat3...bear dah said "Good Luck" kat Diha sayang.Hehehe... jd kena chayok3!

salam semangat.

pErJuanGaN:dOa eXaM


Ya ALLAH,kurniakan diriku ini pemahaman dan ingatan yang kuat terhadap apa yg dipelajari.Jauhkan aku dari kekeliruan dan kebuntuan,kurniakan aku ilham dan pertolongan ketika aku menjawab soalan peperiksaan.Berikanlah kekuatan minda,hati dan fizikalku ya ALLAH.Jauhkan aku dr gangguan jin, syaitan dan manusia...amin.


memo: esok last paper...hope semuanya ok.Doakan Diha ye.


salam perjuangan.

Wednesday, November 4, 2009

beRseLeRa

salam

Diha syukur sgt...cz lunch tadi dapat mkn makanan feberet.Wahhh...igt umah tros td.Sejak menjak ni, lagi2 time exam ni...mkn tak ikot masa.Kdg2 cepat,kdg2 lewat(n sgt lewat).Tadi mkn lunch cun nye time.Hehehe...kisah mkanan best ialah nasi+ikan keli sambal+kentang sambal+sambal tempoyak+sayur+kuah sayur.RM3.50.Murah lah tu...Sedap bangat.Alhamdulillah...abez tau today mucuk.Hmmm...kucing kat cini pun dpt mkn ikan,tapi sisa jer,cz Diha abezkan.Cian3.Tp td mkn mmg epy...wlpn nasi sikit jer actly(rumate ckp cikit,mmg pun cz Diha anak lauk)tapi abez n bangga.Haha...cz selalu tak abez.Suka cz ikan keli n kentang sambal n tempoyak.Ingat mak...hukhukhuk.Tak apa,cuti ni leh masak byk2.Epynyer,sampai nak post pic lunch td.Wah...sempat snap pic.Epy...leh lah stadi ngan riang.Eceh...

***sedap tau...feberet tu.Lauk byk,nasi seciput(rumate komen jer cz cikit nasi Diha,hehehe)***

salam selera

Tuesday, November 3, 2009

keInDahaN

salam sahabat...
Diha nak share ape yg Diha tgok tadi. Diha sgt suke lihat bulan, bintang, pelangi dan awan.Benda yang ada di atas.Actly banyak benda Diha suke tgok.Hehehe.Td time tgok ke atas, ya ALLAH, cantiknya ciptaan tuhan.Subhanaallah...kagum Diha,indahnya pandangan itu.Dengan lihat benda2 mcm ni...kita akan ingat kebesaran ALLAH dan kita tahu kita hanyalah hambanya yg kerdil.Lpas nampak jer, tros nak snap pic awan itu...tgkap kat depan kedai Diha beli topup td.Cuba tgok gambar di bawah:***gambar jarak jauh,tgok cantik kan awan dan langit tu...subhanaallah***

***gambar jarak dekat...maha agung ciptaanNYA***

salam keindahan

Wednesday, October 28, 2009

pEperangan bErMuLa


salam

Esok start Diha dan sahabat-sahabat lain menduduki final exam. Walaupun satu minggu satu paper, perjuangan tetap diteruskan. Kepada adik-adik yang sedang ambil exam...gud luck!Kepada my dear little brother d UNIMAP, selamat berjuang!Doakan kita berjaya ok. Mohon restu dan doa dari family tau.Kepada akak2, pokcik2 yang sama ambil exam dgn Diha...gud luck too!Belajar, berusaha, berdoa dan bertawakal. Peperangan yang tidak perlukan senjata tajam tapi minda yg tajam.Akhir kate...selamat menduduki exam pada semua yg mendudukinya.Semoga kita perolehi kemenangannya nanti.InsyaALLAH.Ya ALLAH, permudahkan perjuangan kami ini dan mendapat kejayaan dari hasil usaha kami.Amin.

salam berjuang.

Monday, October 26, 2009

pOnDok LaKsA

salam

Lalalala...hati girang(eh,xda kena mengena dgn post kali ini.No entry!)Ok...ptg td Diha n Kak Qis g Jusco Balakong...beli barang cikit.Kemudian lapar...kami budak yg lapar....Hehe.Jadi keinginan Puan Qis membuatkan Cik Diha juga teringin mkn kat Pondok Laksa @ Laksa Shack itu.1st time Diha mkn kat sini.Sila tgok gambar di bwh,akan menerangkan segalanya.Eceh...
***tanda "good"...sedap ke kelaparan???sedap la***
***bowl dia besarnya,terkezut kami,tapi isi tak la byk mana,leh abez(asam laksa+otak2+air bandung cincau)***

***DeQ Diha & kaK Qis***

salam pondok2

Sunday, October 25, 2009

kIsaH jEnaKa:PengeMiS & mAhaSisWa

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampusnya.
Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang 8 tahun, nak.
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM 50.00 nak
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh...keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia
di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di
Universiti Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak
pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik...

***kuikuikui****ini hanya rekaan semata-mata,tiada kaitan dgn mana2 pihak o universiti.
memo: Diha terjumpa jenaka ini slps siapkan asgmt,alhamdulillah....nak relax sikit td then
teringin nak share,jd Diha post kt sini.
salam jenaka

Friday, October 23, 2009

mAraThoN & HaAa...

salam...
Hari ini & smlm, hari agak pack bg Diha.Semalam kelas yg marathon. Hari ini,perjalanan yg marathon.Huhuhu...letih,tp ada epynya.Hari ni jalan ngan my dear sister,Along kt KL dgn anak twinnya...tp Abg je ikot,Adik tak mau.Perjalanan yg lama d Jalan TAR dan Masjid India.Diha beli buku2 tok stadi n beli juga 1 helai tudung.Hehehe...Siap mkn n solat.Pas tu, kami pergi KL sentral, cz my dear Along nak guna laptop.Sahabat nak tau,Diha dukung jer laptop kesayangan ni dlm marathon td tau...lenguhlah juga(balik bilik lg rasa,hehehe).Abg ikot jer kami g mana2.Makan,minum,baca komik...itu kerja dia.Sian Abg kna ikot gurlz2 ini berjln.Lastly,wlpun letih,naik tren,bus,jln kaki..tapi kenangan bagi Diha berjln bersama mereka di semester ini tanpa naik kereta.Macam perjalanan marathon bfo exam.

***(pic ats)Along & Diha.Tekun Along menelaah laptop di KL Sentral.Hehehe.(pic bwh)Kerja Abg today,makan & makan.***

Haaa..today gak Diha baru dpt tahu,naik bus rapid sehala rupa2nya bayar tok sehala jer.Bererti if naik lagi sekali,kena byr lain.Eh,perkara ni dah lama atau baru?Diha xtau lah...ialah dah lama tak naik pergi balik.Semester lepas adalah.Selalu pergi je.Tadi disebabkan tak tahu,dengan penuh yakin Diha tunjuk jer tiket bila nak balik td.Pas tu driver tu kate xleh...itu sehala jer.Ha????terkezut gak..Then tros baca kat tiket tu,a'ah lah...tambang sehala.Huhuhu...tak baca pun bfo ni,igt macam biasa jer. Jadi xdalah istilah murah lagi bila naik bus ni.Kan3???Dan bfo ni tak da pun check2 tiket,tapi td ada,tkot org guna tiket yg sama.Laaa..kan mslh.Hehehe...dan sahabat nak tahu x,pagi td time naik yg pertama, ada auntie cina tnya kat Diha, ttg tiket,leh guna balik x balik nanti?Diha penuh confdent,ckap...boleh.Huhuhu..sori auntie,Diha pun tak tau.Rasa berslh gak,tp Diha kan tak tahu,bkn menipu.Hmmm...ok lah sahabat or insan yg Diha sayang, Diha letih dah.Daaa...

Salam marathon...

Wednesday, October 21, 2009

berIkaN keKuaTaN

salam
ya ALLAH...
bagilah aku kekuatan
untuk menempuh dugaan dan ujian MU ya ALLAH
dugaan dlm kehidupan
dugaan dlm hubungan
dugaan dlm pelajaran
bagilah aku kekuatan
hati yg cekal
semangat yg dalam
untuk hadapi semua ini
sesungguhnya aku insan yang lemah
permudahkan lah urusanku ya ALLAH
segala urusan ku ya ALLAH
lancarkanlah perjalanan ku ini ya ALLAH
sesungguhnya KAU maha mengetahui lagi maha penyayang
amin

Thursday, October 15, 2009

tOmeYnye

salam
hukhuk
pagi ni dpt mms
pic kasut tomey
dr my dear sis
kasut my dear sis yg baru
tomeynyeee
Diha cuke
saje je jelezkan Diha
nak jugaaaa
dah lame tak beli kasut
sem lps adalah
tomey gak
hehehe
sandle? bli bfo raye ari tu
nak kasut tomey
suke kasut tomey2 ni
salam tomey2


***tengok...colour coklat lagi tu***

Tuesday, October 13, 2009

thAnX:mR. botBeN

salam
saje je tibe2 nak ucap thanx kat sini
actly,sejak balik raye
Diha guna broadband untuk tenet di sini
nak jd kan citer
Diha nak say thanx a lot
kat my dear little brother
cz bagi guna Mr.botben namanyer
hahaha..
tapi sekejap jer kot
cz dia nak guna untuk praktikalnya nanti
jadi nanti Diha kna beli lain
cz my dear brother,Abg Dean
dah soh g beli
awal ari tu
tapi my dear little bro
soh try dia nye dulu
ok ke tak?
ok wat line kat sini
tidak teruk ok
tak da lah mcm yg Diha dpt free kat sini
sekejap ada
sekejap tak ada
mcm chipsmore
tp thanx gak kat wyles ituuu
hehehe
Mr.botben ni
siap ada pengawal tau
tak caye???
tgok sdri
Encik Black namanya
hahaha
for my dear brothers
thanx a lot ya
salam terima kasih

GenG waDihaN

salam
Inilah GenG Diha bila duduk bilik
UPIN & IPIN
2 org bdk kemetot
yang nakal tp bijak
cute lagi
eeeee....geram3
movie dorang...best
byk kali tgok tau..ttp gelak..ttp terhibur
Hehehe...
Post kali ni nak menunaikan janji.
Nak tunjuk DVD GenG
Poster xdpt nak tunjuk
Dah bagi kat anak buah

boleh tak si ketot-ketot ni dtg kat bilik Diha?
hahaha
mesti best kan
comey jaaa
betol3
salam GenG

Sunday, October 11, 2009

caHaYa kaSiH




Salam...
Haa...semangat Nur Kasih nye pasal..dah tgh mlm pun nak menulis.Tp ubah tajuk,bg makna ape itu Nur..hehe. Semalam (Jumaat,91009) Diha tgok Nur Kasih...demi Nur Kasih Diha sanggup tgok kat blok kolej Diha. Tak penah pun tgok kat cini.Huhu..tapi berbaloi tgok beramai-ramai mcm budak lelaki tgok game bola cz semalam episode yg paling best yg Diha tgok setakat ni.Sebab???sebab hero n heroin dia bercinta sakan.Hehe...walaupun dah lame kawin, baru semalam nak bercintan cintun...adik-adik yg tgok semalam pun feeling tgok dorang bercintan.Eceh...diha pun ‘terjoin’.Hehe...actly Diha nak share ape yg Diha dapat semalam dari Nur Kasih ni semalam.

***Adam heronya dan Nur Amina heroinnya...best!***

Ø Adam (hero) baru menghargai Nur Amina(heroin)dlm hidupnya...nasib sempat hargai.If xsempat..bukankah rugi namanye.Jadi hargai org yg ada di depan mata kita.Bukan dah xada baru nak hargai.Mb dah terlambat.
Ø Nur Amina seorang yg setia.Ayat dia (Nur xpenah mencintai org lain selain abg,dari dulu lagi***lbh kurg tau,cz tgok skali je***)huhu...Mb ini hikmah di atas kesetiaanya.
Ø Saling berkasih-sayang.Jd xdalah berlaku perselisihan faham
.

Ini hanya msg by episode semalam.Actly,semlm bukan kisah dorang jer.Tapi Diha nak citer ttg dorang jer.Mb ia terkesan bagi kami yg menontonnya.Hehe...ttg adik dia,Sara n abg Aidil n Katrina yg tiba2 muncul,tak mau citer lah.Maaf ek..
Salam Nur Kasih.

Wednesday, October 7, 2009

bUsaN

salam...

=( Busan nye today.Nak tau tak kenapa???Huhuhu...Claz cancel.This week, dari hari Isnin sampai Rabu,Diha tak ada claz.Cume masuk lab jer.Masuk lab tu pun sebab nak masuk.If x,memang macam tidak ada arah duduk UPM minggu ni.Eh,peliklah Diha ni.Dulu,time 1st degree,if tak ada claz,Diha tak adalah rase busan.Kadang-kadang suka adalah.Hehe...dalam hati duk kate,"bestnye claz xda".Huhu,nakal Diha ni kan.Macam tu ker nak jadi pelajar cemerlang???Tapi kan,time master ni,if tak ada claz,Diha jadi busan,kadang-kadang sedih pun ada.Hmmm...mb ada sebab Diha jadi mcm ni...sahabat nak tau tak?Tak nak tau pun Diha tetap bgitau.Huhu..(dah tau mcm tu,lagi tanye).Antara sebabnya:

  • Dalam seminggu claz dah la tak banyak,jd if tak ada,lagilah tak banyak.
  • Duk UPM ni tak ramai kwn macam 1st degree dulu.Ialah ramai akak,makcik,pokcik yang bekerja,time claz cancel xleh nak ajak berpotpet.
  • Diha duk bilik jer,naik busan...xda orang nak datang ziarah..ialah dah duk kat kolej yg majoritinye adik2 yg byk kije n asgmt.
  • Pergi window shopping.Tapi tkot 'ter'shopping.Bahaya2,nanti budget lari ker mana.Susah nak kejar.
  • Nak berjalan..tapi nak g mana???Dgn sape???
  • Tak ada claz n kije,tak tau nak buat ape,nak jer balik...tapi perjalanan lebih dari 300km.=(
  • Adakah Diha mahu jadi pelajar cemerlang???nak3!...tapi if dah bagi cuti tu..terima jer lah kan.
***Gambar baby cute.Baby busan tak?Gaya busan yg cumel***

Hmm....gitulah gamaknye...busan melanda diri ini.Sampai nak golek2 jer(tapi today,Diha memang dah golek2,siyes).Itulah perbezaan nye bila blajar full time master tapi masa tak full.Jadi Diha kebusanan...hope adalah kije wat Diha tidak busan.Kadang-kadang nak jerit minta TOLONG!TOLONG!TOLONG!Diha kebusanan atau nak tumbuk DUSH3 jer.Hahaha...
Salam kebusanan.


Monday, October 5, 2009

pOkoK pangKalnyA

salam...

Kita boleh berubah...pokok pangkalnya dari hati kita, dari diri kita.Kita juga boleh kuat. Berdoa minta ALLAH bagi kekuatan.Jika dulu kita kuat marah,kuat merajuk(contoh jer),kuat ape2 yang kuat ke arah negatif, yang boleh menyusahkan diri kita dan orang sekeliling, kita boleh ubah.Berdoa pada ALLAH agar beri kita kekuatan untuk berubah ke arah positif.Kuat yang negatif mb buat orang lain kecil hati,sedih dan kecewa.Jadi kita perlu berhijrah ke arah yang positif.Moga-moga ALLAH bagi kekuatan dan hidayah untuk menjadi hambaNYA yang soleh dan solehah.Amin.


Kita boleh melupakan kisah sedih...pokok pangkalnya hati kita, diri kita.Kisah lama jangan dingat jika ia memberi impak negatif pada diri.Terus ke hadapan,tapi jadikan kisah yang dibelakang sebagai pengajaran. ALLAH sentiasa ada bersama.Jangan cepat putus asa.Ada hikmah setiap yang berlaku.


Kita boleh gembira,ceria...pokok pangkalnya hati kita,diri kita.Bagilah ruang pada diri kita untuk merasai kegembiraan.Positifkan diri boleh memberi gembira, riang,ceria bernafas dalam diri kita.

Pokok pangkalnya...pokok memang ada pangkal,bunga dan buah.Buatlah sesuatu secara ikhlas,kita akan dapat 'buah' atau hasilnya dikemudian hari.Kesabaran juga memberi 'buah' kebahagiaan.

Salam ketenangan dari Diha.

doN't bE saD

salam....
Jangan bersedih...ada hikmah ujian yg datang,bersabarlah.
Maka sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. (Al-Insyirah:5-6)
....boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ( Al-baqarah:216)
Rasulullah S.A.W bersabda: segeralah melakukan hal yang bermanfaat bagimu. Mintalah pertolongan Allah dan janganlah bersikap lemah. Jika kamu ditimpa musibah,janganlah berkata:"Jikalau aku melakukan begini,tentu akan begini dan begitu" tetapi katakanlah: "Apa yang telah ditaqdirkan dan dikehendaki Allah,pasti terjadi".
chayok3!don't be sad my dear,Diha.
salam kesayuan

Saturday, October 3, 2009

jeNaka plzzz...


salam...

kadang-kadang hidup xceria tanpa jenaka atau lawak.Sahabat rasa macam tu tak?Diha rasa...kadang-kadang bkn kadang-kadang.Selalu...ketagih lawak...mb Diha ni suka keceriaan...dan mb Diha senang gelak n nangis (now topik jenaka..sedih2 xmasuk ea).hahaha...orang lain buat lawak..Diha akan gelak,lawak biasa pun leh gelak..lagi lah lawak standard phD tu...mb Diha gelak golek3.


Tapi skrg kurang org nak buat jenaka...huhuhu.Ambik master kena siyes k???Huhuhu...xdalah kan.Mb kawan2 Diha yang siyes.Tapi ada gak yg cube melawak.Diha ttp maintain(nak gelak n epy mood)...sampai lectrer Diha kate Diha budak..budak 1st degree.Eceh...muda kah Diha ni??? Mb fizikal kot,mb kebudak-budakkan kot...Berbalik pada jenaka...boleh ke hidup siyes memanjang?klo Diha, cmfm xbleh...bosan rasanya...kadang-kadang Diha minta org buat lawak untuk Diha.Bukan ke lawak dan jenaka itu buat kita happy, ceria,gembira dan riang.Ishhh...tidak dapat dibayangkan hidup penuh kesiyesan...tak mau!tak mau!tak mau!

Jadi,dengan ini Diha selitkan sedikit input dari ilmu yang Diha dapat...dari buku Tip Menjadi Individu Menarik. Tip yang ke 30...adalah jenaka.Haaa sahabat...nak jd ind menarik,kenalah ada sifat jenaka. Dato' Dr. Mohd Fadzilah kamsah pun setuju tau..cz buku ni tulisan beliau n Ahmad Naim Jaafar. Beli lah..tak rugi.



Antara yg Diha nak kongsi ialah:

1) Jenaka yg baik menceriakan hati,jenaka yg berlebihan menurunkan mutu(diri seseorg).Jenaka yg busuk(sindir & perli) merosakkan hubungan.
2) Jenaka adalah ubat pd hidup.Org yg pandai berjenaka adalah mereka berupaya melihat hidup dgn cara yg ringan pd tempat yg sesuai.
3) Jenaka menceriakan hati org lain dan itulah jawapan mudah mengapa org yg suka dan pandai berjenaka disukai. Mereka menceriakan hati org supaya org turut sama ceria.


Dengan ini, boleh berjenaka tapi berpada-pada kan sahabat. Alhamdulillah ada gak insan yg tlong berlawak untuk Diha.Hehehe...kelakar lah.Terima kasih ea. Tp ada lagi org yg siyes je...Mb dah mcm tu kan.Huhuhu...lastly,silalah berjenaka n berlawak...kita sama2 happy.Mcm lagu Amy Mastura tu...HAPPY.
P/s:Ada lawak jenaka...ada gelak tawa, ada senaman mulut.... baik untuk kesihatan...ada happy...tiada musuh...masalah pun kdg2 leh hilang.Huhuhu...byk kebaikan juga tau.

salam ceria dari Diha =)

Thursday, October 1, 2009

LaZaT...peMbuka piNtu seLera

Salam...sejak balik raye ni nak makan pun kurang selera...nasi lagi lah...sikit jer mkn. tapi kan sahabat, semalam lpas abez claz n lab, diha n kak Qis g mkn kat kedai feberet kiteorang. Maulana kat Sri Serdang tu. Hahaha...ayah angkat kak Qis.(sory kak Qis). Diha order tosei n milo ais...my minuman feberet.hehehe. **** Tosei yg lazat..opz...dah termkn baru igt nak snap****

Huh,bila mkn baru dapt feel yg selama ni ilang n dicari2. Sempat habaq kat kak Qis lagi tau...Sedap bangat...diha memg selalu minta tosei kat sini... cdap...lazattt.Cecah ngan sambal n kuah dal...huhu,memg xpandang org dah. Tp dkat sebulan lbih xmkn...pose kan. Tapi yg kelakarnye...mkn xpenah habis...yelah...tosei ni kan besar...try2 pun xabez.Xpa,akan Diha cube mkn hingga licin.Xbaik kan mkn xabez...tosei nangis nanti.hukhuk...If ada insan yang tolong habiskan bagus...xmembazir.Hmmm...nak lagi tosei wit sambal n dal boleh x today???hehehe.

salam menjamu selera.

Tuesday, September 29, 2009

cuAce ohhh cuaCa

salam
cuaca...
ia mempengaruhi minda
hati dan perasaan
yer ker???
sahabat setuju x?
hmm...
mungkin ye,mungkin tidak
today
pagi hujan
huhu...sejuknyer
pas 2...
dingin je...
perasaan jd...
sayu?sedih?rindu?
diri jd...
malas?bosan?rajin?
hmmm...
cuace o diri sdiri?
dua2 pun bleh jd
betol3
jd...chayok3!
wlpun ape perasaan yg datang,
yg golek,yg menimpa,
yg dtg xdiundang
Diha sayang ni kena semangat.
go go power rangers
hahaha
chayok!
ALLAH sentiasa ada bersama
salam cuaca yg sayu

Monday, September 28, 2009

sElaMat hAri raYe

salam
Jika Diha terlebih kata
Jika Diha tersalah tegur
Jika Diha tersalah nasihat
Jika Diha terambil kesempatan
Jika Diha terlupa sesuatu
Jika Diha ada menyinggung perasaan
Jika Diha terlupa ucap
Jika Diha buat orang marah
Jika Diha terover
Diha yang lemah ini
Ingin memohon ampun dan maaf
Zahir dan batin
Terima kasih segalanya
Selamat hari raya
salam aidilfitri dari Diha

Tuesday, September 15, 2009

yea..dah ada GenG

Salam...
Diha suka sangat
Mcm nak golek2 rasenye
Diha dpt beli DVD
GenG pengambaraan Bermula
Upin & ipin tu
Istimewa lagi tau
Percuma poster lagi tau
Lame tunggu ia kuar
Thanx speedy The Mines
Jurujual pun pelik tgok Diha
Cz excited tadi
RM35.90
DVD pertama Diha beli paling mahal
Kot...hehehe
Jgn jelez sahabat
Penantian yg berbaloi
Sonok...leh tgok byk3 kali
Betol...betol...betol
say ape Diha?
Alhamdulillah...syukur
cover dia Diha tunjuk len kali
tok Upin & Ipin
edisi khas
Diha leh ilhamkan
p/s:abg Dean, jgn jelez...kat sana ada x?hehehe
Salam GenG dari Diha

aPe yanG pEntinG.....kerJasaMa


sukanye scoot ada org bekerjasama....
Salam...

Ape yg penting...kerjasama!hehe ...best tau lagu wonderpets ni. Citer cartoon yang comel...ada 3 ekor binatang iaitu hamster,burung n kura2 yang cuba menolong binatang lain dlm dunia mereka.Hehe...tahu lah plak Diha ni...biasalah...citer cartoon ni kdg2 tertgok o mmg tgok je...anak buah ramai.Jd join sekali.Hahaha.

Dalam citer ni, bukan citer kosong jer, tp ada msg yang ingin disampaikan. Antaranya tolong-menolong n bekerjasama. Tu yang kuar lagu yang kat atas tadi tu...Diha dpt ilham nak tulis ni apabila teringat time Diha pi anta scoot Diha mandi(basuh dia...hehe)baru-baru ni. Actly,1st time anta gi kedai, selalunya Diha basuh sdri o ada insan tlong basuhkan. Rajin x Diha.Hehe... Tp masa tu Diha tiba2 ada semangat nak anta, ialah dah lame gak scoot xmandi.Cian dia. Diha plak ada keberanian nak g anta.sorang2 tu...entah,sejak menjak ni byk wat kijer sorang2...berdikari! Mb pengaruh hal sekeliling...xmau citer!

Ok...nak jadikan citer kerjasama ni...Diha anta kat tmpat sahabat Diha anta dulu. Jd Diha tau lah jln n cara dorang. Tempat org India. Sampai jer terus tanya,bleh tak basuh moto...dorang kate bleh2...saje nak cmfmkan...ok,dorang pun basuh...yang buat Diha kagum tu ialah...dorang basuh scoot tu seramai 3 orang. Dalam hati Diha berkata-kata.”eh,scoot tu kecik jer,tp ramai yg basuh untuk scoot Diha,dapat layanan vvvip”. Kuikuikui. Mb gak tak ada kete lain time tu. Tp semangat kerjasama tu nampak.

Tapi betullah, atas kerjasama mereka,sekejap jer siap.Siap polish tau.hehe.Cuke3...akhirnya,siap lah scoot Diha mandi.wah...kilatnye...sayang scoot. Diha kena bayar RM4. Tak tau lah murah ke mahal... Mahal ke murah sahabat??? Tp xpa kot,cz kijer dorang memuaskan.
Dalam 2 citer yang berlainan, satu fantasi n satu reality ini ialah kita perlulah bekerjasama dalam hidup ni. Dengan sape2 pun kita leh kerjasama...cz akhirnya ia bawa kepada kebaikan gak. “yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing”...baru hidup ini indah...kerjasama tidak kira konteks tau sahabat....dalam belajar, berfamily, bersahabat mahupun hubungan ngan pasangan...perlu ada kerjasama...baru berkat.okey...insyaALLAH, tanamkan sifat suka bekerjasama n tolong menolong dlm diri kita. “Apa yang penting...kerjasama”.hehe....best lah nyanyi lagu kanak-kanak ni. Riang rasanya.
p/s: ada persamaan antara wonderpets dgn dorang...3 ekor...3 orang..hehehe.kerjasama!
Salam kerjasama dari Diha.

Sunday, September 13, 2009

yea...ada bloG

salam...
ehhh,Diha ada blog....
terkejot pun ada...
terharu pun ada...
teruja pun ada...
mcm2 ada dlm hati ni...
alhamdulillah...
Diha ada blog...
yea...
blog dilahirkan sama ngan usia Diha...
ikut calendar Islam...
23....
23 RAMADHAN 1430...
130909...
cun gak...
again...
alhamdulillah...
salam perkenalan

merasai mood rayeee


Salam...
Hmmm...start semalam Diha try dgr lagu raye....kat laptop xda lah plak stock lagu raye. Laptop ni tak pernah lagi beraye ngan Diha,jd memg tak da lah....hehehe.jd semalam time buat asgmt n stadi, Diha sambil2 dgr lagu d Youtube....tapi nak ada gak kat laptop....tanye rumate...dia cari2 kat laptop dia, tapi xada.huhuhu. pastu ada insan yg bg cadangan soh download....yup...download!thanx bg cadangan.walaupun lambat...lastly dapat gak simpan lagu dlm my laptop.yes!jadi today....pagi2 dah dengar lagu raye...tapi yang kelakarnya...Diha pilih lagu yang epy2 jer.sedih nyer mood, xmau...xmau...xmau.

Eh..Diha lambat ker mula dengar lagu raye?22 ramadhan baru semangat nak dgr.okey lah tu....nak dgr awal kat radio cz kat radio dah ada dah..tp earphone Diha ilang...hukhuk...penat dah pk n cari di mana ia menghilangkan diri.susah gak xda dia...jd Diha kena beli la gamaknya....dulu dapat free je.ok...mari kita sama2 cari mood raye dgn dgr lagu2 raye....budak jauh duk ngan family....dgr lagu ni...best gak cz kat kampus xda sgt suasana nak raye...ialah mana ada makcik cleaner nak buat kuih raye kat cini, pasang langsir baru...hehe.lain lah kat umah kan...okey...selamat bermood raye Diha wlpn bfo balik byk benda kena sattlekan(exam,asgmt n live show)huhuhu...chayok2 my dear!

Lagu ni mcm terapi n motivasi gak..tak semestinyer dgr nacihat o baca buku,dgr lagu pun boleh wat kita berubah pikiran n perasaan.cube try test n acu...btol tau.Diha xtipu...
Salam mood raye.

hikmah disebalik sakit


Salam...
Hari ini teringat nak cerita tentang sakit.Mb Diha baru jer sihat dari demam yang agak teruk.Diha dapat demam hampir seminggu dalam awal puasa hari itu.Dugaan sungguh.Apa tidaknya, Diha dapat demam ni selepas balik dr rumah,Diha dah ada tanda kurang sihat time nak balik ke UPM. Tup-tup Diha demam malam lepas petang Diha sampai UPM.Sedih sangat....kalau tahu tak payah balik U.huhu...tp tak tahu.ALLAH yang tentukan semuanya.Kun fayakun...
Nak jadikan cerita, pagi esoknya,kena pergi ke Pusat Kesihatan UPM.nasib baik dekat dengan kolej Diha.Jalan kaki jer.Mak pun risau, mak yang paksa soh pergi.Ialah dgn musim H1N1 ni kan, Diha pun jd takut.Diha pun pergi lah sendiri...sedih lagi.If kat umah, confirm mak yang teman.Sampai jerk at PK, Diha kena check awal2 kat depan pintu tu, cz Diha demam n adalah tanda2 penyakit yg mengerunkan itu.Huh...badan Diha memg panas, melebihi 38 darjah.Dah sattle check kat situ,kena check ngan doctor plak...actly,1st time Diha g PK tok buat medical check up ni.Jadi agak terpinga-pinga nak pergi mana dan buat apa.Tp sakit punya pasal,Diha redah je. Lastly, Diha dapat MC 2 hari...huhu...teros terpikir tentang balik umah.Yelah, balik UPM ni pun tak dapat attend kelas, kalau tahu tak payah balik.Ish...Diha ni, ‘kalau’ sokmo je.Tak baik kan.
Nak ringkaskan cerita, Diha demam agak teruk kali ni, ALLAH nak uji Diha dan hapuskan dosa Diha secara tunai di dunia ni.InsyaALLAH. Jadi Diha kena sabar je.Yang Diha tak tahan, ubat yang Diha dapat banyak sangat. Dahlah Diha ni anti ubat...huhu...ujian.Ditambah dengan dapat ubat capsule.Diha memang tak reti nak makan.Dah try, tapi tak boleh...last2 Diha nangis...yelah, nak sihat, tapi tak reti makan ubat bercapsule ni.Last2 ada pendekatan yang Diha takut nak cuba, cz ia akan rasa lagi pahit,iaitu dgn buka sarung ubat tu.Tapi atas nasihat yang memberi semangat, Diha pun buka...makan ubat dengan air manis.lantak lah...janji Diha makan ubat.Diha tak suka air kosong time demam, entahlah.Rasa payau semacam, tak sedap dan kadang2 buat Diha nak muntah.Family selalu paksa, tapi apakan daya..inilah masalah besar Diha time demam.Anti air kosong tapi if sihat, Diha banyak minum air kosong ni.Diha start je demam, family Diha tak putus2 call n msg Diha...terharu pun ada.Sahabat dan insan lain pun ada bertanya khabar,bantu Diha dan ada yang cuba hiburkan Diha.Thanx a lot.

Akhirnya, Diha sihat demam apabila balik umah semula.Dapat jumpa makabah dan dapat urut,Jumpa makabah yang paling dinanti,ialah,time demam nilah manja dan kesayuan itu bertambah2 dan ditambah lagi dengan duduk berjauhan...huhu.Sedih tau sahabat. Jadi Alhamdulillah, Diha beransur sihat.Syukur sangat.dalam dapat demam ni, Diha belajar agar Diha lebih sabar.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sabar itu ada tiga: Pertama, sabar dalam mengerjakan ketaatan. Kedua, sabar menghadapi musibah (bala). Ketiga, sabar meningggalkan maksiat. maka siapa yang sabar atas penderitaan musibah sehingga di tolaknya dengan hiburan yang baik, maka dicatat baginya tiga ratus darjat. Dan siapa yang sabar berbuat ketaatan, maka dicatat baginya enam ratus darjat. Dan siapa yang sabar dalam meninggalkan maksiat, dicatat baginya sembilan ratus darjat”

Pada family,sahabat dan insan yang banyak membantu,Jutaan terima kasih dan minta maaf sangat2 cz banyak menyusahkan.Di sini Diha nak kongsi sedikit hikmah datangnya penyakit dekat kita,harap kita sama2 ambil iktibar dan pengajaran,insyaALLAH.

Diriwayatkan suatu hari, Salman r.a sedang sakit dan beliau dikunjungi oleh Rasulullah s.a.w. dan melihat keadaan Salman yang sakit itu, baginda seraya bersabda:“Untukmu dalam sakitmu ini mendapat tiga keuntungan.Pertama: Peringatan dari tuhan.Kedua: Pembersih dan penebus dosa-dosa yang lalu.Ketiga: doa orang yang sedang sakit itu mustajab, kerana itu berdoalah pada ALLAH sekuatmu.”

Bagi kita yang ditimpa bala, ilmulah yang akan dapat memberitahunya betapa bala yang antaranya berupa sakit itu merupakan anugerah dan kelebihan yang Allah berikan kepadanya.

Mu’az bin Jabal r.a. berkata: “jika ALLAH memberi bala (ujian) bagi seseorang mukmin berupa penyakit maka Malaikat yang disebelah kiri diperintahkan supaya tidak mencatat apa-apa, sedangkan Malaikat sebelah kanan diperintah: Catatlah untuk hambaKu sebaik-baik amal perbuatan yang biasa dilakukan ketika sihat, kerana dia kini dalam belengguKu".

Keistimewaanya disini, kita yang sakit itu akan diampunkan dosa-dosanya seandainya kita menemui ajal kerana penyakitnya itu atau ALLAH sembuhkan dari penyakit tersebut.Allahualam...
Salam sihat dari Diha.