Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, December 31, 2010

rUmuSaN inTerNsHiP

Salam

Secara keseluruhannya, melakukan internship di Penjara Wanita Kajang ini memberi pengalaman baru kepada saya kerana bukan mudah untuk mendapatkan pengalaman seperti ini kelak. Dengan klien yang mempunyai kesalahan dan masalah yang berbeza dan ada yang mempunyai masalah yang sukar dijumpai di dunia luar tembok tinggi ini. Sebagai kaunselor baru, dengan pengalaman menjalankan sesi kaunseling serta bimbingan banyak membantu saya lebih memahami dan merasai apa itu sesi kaunseling dan mengajar saya erti kehidupan yang berbeza daripada perkara biasa.
Klien yang hadir juga memberi kerjasama dan memudahkan sesi kaunseling dan bimbingan yang dilaksanakan. Pengalaman berjumpa klien yang sebegini menjadikan saya lebih memahami kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran. Selain itu juga, saya dapat mengetahui pengurusan penjara yang selama ini hanya didengari dan dilihat di kaca televisyen dan surat khabar. Pengalaman yang berharga ini banyak membantu saya menjadi kaunselor yang mempunyai pengalaman dengan klien yang sedemikian. Di harap juga terdapat rakan-rakan yang lain memilih penjara sebagai tempat internship pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja membantu kaunselor baru mengendalikan pelbagai kes yang berlainan malah dapat menguatkan diri serta mematangkan diri agar menjadi kaunselor yang berkesan, insyaAllah.


hihihi...skema kan ayat...ini antara ayat report Diha....alhamdulillah...semalam,30 Disember 2010-Khamis Diha selamat tamatkan internship di Penjara Wanita Kajang.

Salam

Tuesday, December 14, 2010

aduYai...uBat KapsuL

***cantik je colour dia,tapi xleh juga masuk k dlm mulut...aduyai...kapsul o kapsul***
Salam

Apa kabar semua...Hmmm,Diha dgn ringkas nk bgtau..Diha tetap xreti mkn ubat kapsul.Hukhuk...dmam ni...soh ambik antibiotik...tp kapsul la...jd Diha xmau...xreti...Hukhuk.Mcm2 cara dulu dah buat,mkn ngan pisang la,roti la...tp xjd juga...last2,buka sarung dia..huhu..sgt pahit tau..Hmmm...nape la xreti mkn ubat kapsul ni...Sedih gak kdg2.Moga reti lpas ni..o xreti selamanya...kna la buka ubat itu selamanya o xambik langsung if ada pilihan...Diha oh Diha sayang...kapsul tu pun satu...awat xmau msuk dgn mudah dlm mulut..huhu (salahkan ubat plak).Diha jd anti ngan ubat jenis kapsul ni.Aduyai...hukhuk.Oklah...xlarat ni...moga sihat...nyte.
salam

salam

Saturday, December 11, 2010

moOd mSk dcAmpuS

Salam
Hari ini Diha kurang sihat....hmm,mb cuaca kan..ditambah ngan selalu kna ujan dgn scooter cyg...tapi dgn keadaan yg mcm tu..Diha smgt nak p pasar tadi kat Mardi...Diha pun p ngan rumate.Sampai sana...beli mknan wajib iaitu nasi kerabu...bfo tu, nampak dah pisang tanduk yang tergantung cantik...mgoda Diha soh beli.Ingat kak Ijah lak...cz dia suka pisang tu.Diha yg ada mood rajin nak memasak sejak xbz (cz internship je kan...),jadi Diha pun belilah....2 biji.Rumate beli buah jambu batu.Then nak goreng pisang pasti kena ada minyak n tepung kan?Bfo ni msak guna planta je cz xda sampai mgoreng-goreng ni...jd pas kat pasa,Diha p la Sri Serdang, p isi myk then p kedai bli brg.Sampai sana, mata lagi la rambang nak bli mkanan basah...ialah semangat nak masak kan...mood dr mana ntah..tapi Diha mmg suka memasak dr menjahit.Huhuhu...akak2 Diha tahu dah ttg tu...then bli la byk brg...Rumate pun galakkan n suka mkn makanan yg dimasak sdri.Apa lagi..Diha pun belanja mcm duk umah..hakhak...sdgkan duk bilik je...apa2 pun hati epy dpt bli....kami share beli brg2 dapur tu...Slps membeli belah(belah la sgt)g kdai fotocopy,then baru t'ngt benda ptg nak beli sampai terlupa gara-gara mood masak ni iaitu beli strepsils (utk sakit tekak,dah abez cz duk mkn pagi td)....ada gak bli majalah solusi keluaran terbaru...pastu rumate blanja aiskrim..yummy...suka2!tQ rumate cz tahu kgemaran Diha...sakit tekak pun balun..ubatlah katakan.hahaha.
Then...balik kolej..sampai2 mkn aiskrim..then Diha susun brg dapur di rak (actly rak buku, tapi kan dah xda buku...jd rak mknan daaa)Rumate lak p simpan brg basah dlm peti ais..Huhuhu..smgt ni..rumate pun pelik..sampai dia kata dah xlama la tu...tanye balik xlama ape?Dia kata kawen...huhu.Gitu kah?Apa2 pun..mood nak masak kat campus ni mmg tgh tinggi...if ukur peratus...mb 90%..hahahah.Oklah..ni Diha sertakan pic yg Diha ambik tadi.Layan...
***aiskrim yg dmkn hari ini***
***pic ats(pisang tanduk n jambu batu)***
***pic bwh (brg2 yg dibeli...byk daaa)******brg yg sudah disusun rapi (eceh)***


memo:mak call...Diha cite bli pisang tanduk mentah...mak gelak..Huhu..mak tnye msk guna apa?Penuh tenang mjwb rice cooker.hihihi.Boleh tau mak..hihihi.

salam.

Friday, December 10, 2010

aPe raSe niii???

Salam
Persoalan ni...apa yg Diha rasa ni???Hmmm....xtau nak ckp mcm mana dah....xtau nak luahkan...jadi rasa sdri2 je la.Moga apa ye Diha rasa ni...xmemudaratkan diri Diha.Ya Allah...bagiku kekuatan...moga sihat sentiasa, tenang n tabah.Amin.
Salam

Tuesday, December 7, 2010

tEman SejaTI

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

***Teman Sejati***

***Brothers***


hijRaH...dOa aKhir & aWal

Salam...
Hari ini Diha nak kongsikan pengertian doa akhir thn n awal thn...selamat tinggal 1431H n selamat datang 1432H.Moga pengertian doa ini memberi sentuhan pada jiwa n hati kita...InsyaAllah..
~Doa akhir tahun~
Segala puji tertentu bagi Allah,tuhan semesta alam.Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW,ahli keluarga dan para sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, apa yang telah aku lakukan pada tahun ini daripada perkara-perkara yang engkau tegah aku daripada melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya, sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya, serta Engkau berlemah lembut terhadapku walaupun Engkau berupaya untuk menghukumku,tetapi Engkau memberi peluang supaya aku bertaubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu,maka ampunilah daku.Seterusnya, sekiranya apa yang aku lakukan padanya daripada perkara-perkara yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan daku dengan pahala atas yang sedemikian itu, maka aku memohon kepada-Mu, Wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerimanya daripadaku dan janganlah Engkau memutuskan harapanku daripada kurniaan-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mulia.
~Doa awal tahun~
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam.Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, Engkaulah Yang kekal abadi,Yang Qadim,Yang Awal dan di atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.Kami memohon pemeliharaan kepada-Mu di sepanjang tahun ini daripada syaitan yang rejam dan pembantu-pembantunya serta tentera-tenteranya.Kami juga memohon pertolongan-Mu daripada nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan usaha yang mendekatkan kami kepada-Mu,wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.
amin...amin...amin...
Selamat menyambut tahun 1432H....moga lbh baik daripada sebelumnya...sematkan azam yang baik di thn 1432H ini...
Salam hijrah...

Saturday, December 4, 2010

bOwLinG...miZ uUuu

salamHmm...Diha rindu sgt dgn bowling..maksudnya teringin sgt nak main. Lama dah x main.Rindu nak main ngan family...dulu time cuti semester, kami main byk3 kali.Best...main kat MIBC Melaka paling best...huhuhu.Semalam anak2 buah g main.Sgt jelez ini acik tau...hope dapat main puas2 nanti..ohhh,korang main 3 games ye...nanti acik main 4 games..hakhak...main sampai tgn lenguh....huhuhu.Ada sape2 nak ajak Diha main d sini?Diha xtau kat area sini mana best...hukhuk.Ok..salam.
Nota:main bowling merupakan terapi gak tau.If xpuas hati, geram n penat...time baling bowling tu...buat sepuas2 hati...nanti lega.Hihihi.Try ye.

2 dis '!0


salam
abah...
selamat hari lahir...
Moga abah sihat selalu...
panjang umur n murah rezeki...
semoga mendapat keredhaan drNya...
Diha sayang abah
***abah n Diha...cumelnya anak abah,hihi******untuk abah sayang***

salam sayang utk abah

Friday, November 26, 2010

byK...lAmA xuPdaTe

salam
Lamanye xupdate...byk benda, kije n hal yang perlu dilaksanakan.Kadang-kadang teringin nak menulis di blog tersayang ni...tapi cik malas dtg menerjah...jadi xleh buat apa-apa.Kadang-kadang juga keletihan menyinggah tatkala idea datang...jadi tidak juga berjalan penulisan blog ini.Kesian ilhamwadihan ni...bukan diabaikan dgn sengaja....tetapi krn ada kerja yg perlu didahulukan...maaf ye ilhamwadihan...
Student upm khususnya dah start cuti....hampir seminggu dah...tapi Diha xlagi...krn Diha ingin selesaikan internship Diha.InsyaAllah, hujung bln 12 habis...moga dipermudahkan.Inilah antara perkara yg Diha nak update...iaitu still internship di penjara...byk gak citer..tapi nanti2 Diha cite ye..insyaAllah jika diberi peluang.Nanti Diha selitkan kisah nape Diha senyap di ilhamwadihan ini...selit secara xlangsung la ye....insyaAllah.Diha lapar pulak ni...jadi kna stop lah menulis (alasan...hihihi).Ok...selamat menjaga diri n menjaga iman,insyaAllah.
Salam.

Sunday, October 31, 2010

bErSaBar dLm BerHaJat

Salam
Alhamdulillah...smlm nak pisang goreng, hari ini baru dapat.
~Apa yg kita hajati tidak semestinya akan terus dapat dgn mudah,kdg2 perlu usaha yg lbh utk dapat,n kdg2 xmungkin akan dapat,dapat o tidak, itu semua urusan Allah.Jika dapat,itu hak kita, jika Allah xtunaikan hajat kita, mungkin DIA ingin bg yg lbh baik dr kita hajati,I'Allah.Bersabarlah dalam berhajat~
Salam kesabaran.

mEntaRi mEnYinaR

Salam
Alhamdulillah...mentari bersinar di bumi hijau UPM pagi ini.
~Allah hadirkan mendung, hujan, guruh...tapi akhirnya Allah juga hadirkan mentari dan pelangi yg cantik utk kita senyum manis di hati, bersabarlah dgn ujianNYa, akan hadir hikmah di sebalik ujian itu~
Salam manis

Wednesday, October 27, 2010

kUaT

salam
Diha kena kuat.Allah sentiasa ada bersama.Mak abah sentiasa sayang n sokong Diha.Family sentiasa sokong n sayang Diha.Allah maha adil,maha Berkuasa...kuat lah wahai sayangku Diha.
salam

Saturday, October 23, 2010

alHamDuliLlaH

salam
kata-kata yg ulang kali diungkapkan
"alhamdulillah...alhamdulillah....alhamdulillah"
dapat mendengar & dapat hantar benda penting
syukur....syukur....syukur...ya ALLAH
kekuatan & kesabaran diperlukan
untuk dua ini
terima kasih ALLAH
terima kasih mak & abah
terima kasih family
terima kasih owg
terima kasih sahabat
terima kasih teman
semangat, nasihat & doa kamu sekalian
moga kekal bersama & berjaya
amin
salam

Saturday, October 2, 2010

Cin.Ant.Kit

salam....lagu yg berulang kali didengar pada hari ini:
Boyz:
Sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuat ku menyintai mu

Sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu

Boyz:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….

Gurlz:
Setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

Gurlz:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….

Boyz:
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
Gurlz:
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu

Boyz:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu

Gurlz:
Hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….

Boyz and Gurlz:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg…
ku kan berjanji
menyintamu syg...

~CINTA ANTARA KITA~

Duta ft. Baizura Kahar

Salam sayang

ePpY wiT si toMmY

Salam... slh satu terapi bagi Diha...dari letih,stress,xepy dll...mb boleh membantu jadi epy,tersenyum n berpeluh apabila buat SENAMAN SI TOMMY ni....suara dorang cute miut sangat....mcm kanak2 lak kita, tapi xpa lah...boleh berjiwa cumel sikit.Hehehe.Let's go,try n sing together!Salam

Friday, October 1, 2010

baTery LoW

salam
Awat kamu ni?Lemah,xbersemangat jer?
Hmm...batery dah lemah...
G la Charge...
bukan senang nak buat mcm tu...
Knp?
Sbb charger jauh...ada kije...
Bukan jauh mana pun.Cara lain?
Hmmm...boleh juga wlpn xsama
Apa dia?
Adadeyh...
Try lah...
Kdg2 charger ada kije byk...
Xleh gak ganggu...dia pun tahu penat,sian
Alaaa..give n take la..
Hmm...batery n charger kan berlainan..
wlpun memerlukan antara satu sama lain
wlpn fungsi nye berlainan...tapi mesti ada bersama..
baru berguna...saling melengkapi kan..
Hmmm..betol...
jadi di sini....batery kna kuat sikit...
n charger kena tahu ttg batery..
takut lemah sgt...xleh berfungsi dgn baik lak
ingat...saling memahami,membantu...
give n take...
chayok3 batery...
thank you
Salam

nK wIsH gAK!!!

salam
Lama benar tinggalkan blog ini...bersawang n semak samun dah...hukhuk.Wish raye pun xdan...ape2 pun,selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir n batin.

Ehhh...blog Ilhamwadihan dah setahun...sekejap je...lambat gak nak wish...sory my blog...hukhuk.Today, Diha akan wish byk3...wlpn dah lambat 2 weeks, xmau wish belated bday....xmau!mcm kesian lak kat blog..jadi......


HAPPY BIRTHDAY ILHAMWADIHAN'S BLOG

kamu lah tempat Diha bercerita, berkongsi perasaan n pengalaman.Kamulah tempat dipuji,dimarah, sedih dll.Thanx a lot my blog.(Byk pic wish for blog, tok hiburkan hati Cik Blognya juga)Chayok3 Cik Blog Ilhamwadihan.
Salam.

Sunday, August 29, 2010

unTuk KamU...KuaT

salam
kamu...
kite tahu kamu kuat
kamu tabah
kamu cekal
kamu ada masalah
itu ujian untuk kamu
setiap manusia di alam ini
berbeza cara & pandangan
pelbagai ragam & gaya
kadang2 jd rimas
risau & geram
dgn gaya manusia itu
tapi...
kamu kena kuat
kite juga sentiasa ada
sokong kamu
semangat kamu
untuk harungi
gelombang hidup
liku2 kehidupan
yang ada rasanya
pahit, manis & tawar
kamu kuat
kite tahu
kite sentiasa doakan kamu
kamu boleh kongsi dgn kite
apa sahaja
suka & duka
kite sudi dgr
kamu pun selalu dgr
suka & duka kite
kamu kuat
kena kuat
sentiasa kuat
tekanan,kesusahan
buat kamu matang
mana2 tempat
mana2 masa
pasti ada dugaan
cabaran & ujian
moga ALLAH bg kekuatan
& lindungi kamu
kamu...
kamu kena kuat tau
kan kite ada...
dgn kamu...
chayok3!
salam

Saturday, August 14, 2010

jOM sAhuR

Salam ukhwah
Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab
(Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”
(Hadis riwayat Muslim)

Zaid ditanya :
“Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Dari Abu Said Al-Khudri r.a Rasulullah s.a.w bersabda (yang ertinya):
"Sahur itu makanan yg barokah janganlah kalian meninggalkan walaupun hanya meneguk seteguk air krn Allah dan malaikat- Nya berselawat kepada orang-orang yang sahur."

“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad,Tirmizi, Nasai,dan Ibn Majah)
"JOM JOM JOM...JOM BANGUN SAHUR"
(nyanyi....)

Salam perkongsian

Tuesday, August 10, 2010

aHlaN waSahlaN

Salam
Ahlan wasahlan wamarhaban ya Ramadhan al mubarak...Ramadhan 1431 Hijrah...tahun 2010...alhamdulillah..mulai esok umat Islam akan berpuasa...alhamdulillah ALLAH bagi kesempatan bg diri Diha utk terus merasai kemanisan bulan yang penuh barakhah ini...moga kita bersama2 dapat bersahur dan beriftor secara sederhana, bkn ikut nafsu ke arah pembaziran...moga dapat memperbanyakkan zikir dihati n bicara,al quran sebagai teman,solat sunat terawih sebagai pelengkap seharian berpuasa...dan menjaga batasan diri di bln yg indah ini...insyaALLAH...
Diha rasa sayu n sedih tidak dapat menyambut 1 Ramadhan kali ini di rumah....sangat sayu...teringat bersahur bersama,memasak juadah berbuka bersama...pergi ke surau bersama abah n mak, dan family...Diha sangat rindu...moga diberi peluang itu nanti...insyaALLAH...Diha rindu...sangat rindu ngan mak n abah... air mata mengiringi penulisan kali ini....kali ini juga mak xberkesempatan membekalkan Diha kurma, selalunya itulah yang mak beri apabila nak dekat puasa...mungkin krn internship, Diha tidak dapat balik ke rumah...jd td Diha beli sendiri di PKNS, Bangi...kurma mariami...kurma yg selalu abah n mak akan beli...ya ALLAH...saat ini Diha merindui mereka...moga mereka sihat sejahtera...mungkin juga dengan kerja yg banyak, jiwa Diha jd sensatif...lalu kerinduan buat Diha sayu...moga diberi kekuatan drNYA,Diha kuat!...kepada semua keluarga n sahabat...Diha ucapkan selamat menyambut bln Ramadhan...moga kita bersama-sama mendapat keberkatan...insyaAllah.
salam Ramdhan

Wednesday, August 4, 2010

b-B sYg

salam
Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
'kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Back to Reff:
~Baik-baik sayang~wali band~
salam

Saturday, July 31, 2010

oWhhH...KeNa gAk eAaa

Salam ukhwah...
Cuaca petang ni agak mendung..mungkin sekejap lagi, hujan akan turun..mungkin juga guruh akan berkumandang...jika guruh berbunyi, bermakna ia sedang berzikir....pada yang Maha Esa.SubhanaAllah.

Dengan tajuk entry kali ni..bermakna Diha ingin cerita sesuatu yg membuatkan Diha berkata "owhhh...kena gak eaaa...".Apakah itu?Pastinya berkait rapat dengan pic yg Diha bubuh ni(itu form banci Diha tau).Iaitu borang banci penduduk Malaysia.Diha duduk kat kolej universiti pun kena gak.Tajuk kat form tu pun 'Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010'.Setahu Diha n seingat Diha yang kena banci adalah perumahan je...rupa2nya pebilikan(hihihi...bilik la tu)pun kena, jd kuarlah ayat td.."owhhh..kena gak eaaa"...kenapa ek?Entah lah..Cz Diha duduk kat mana2 kot(Penduduk) kan...hihihi.Diha yang mungkin xtahu..n xtanya kat adik yang hantar form banci tu..cz rumate Diha yang ambil kot.Diha yang sememangnya tidak gemar isi borang(apa2 borang tau...borang masuk u pun akak Diha isi,huhuhu),akan mula membebel..xsuka...xsuka...xsuka!hahaha...yang jadi mangsa adalah Kak La pada malam itu,cz Kak La datang bilik Diha n Kak La dah isi form banci ni bfo ni(time Kak La kena,Diha pun dah buat ayat ni.."owhhh...kena gak eaaa"..."Kenapa ek?").Berapa byk lah ayat tu.Hohoho .

(continue)Walaupun Kak La xtuliskan untuk Diha,tapi Diha tanya ngan Kak La apa perlu dibuat atau diisi.Jadi dgn pantas n segera Diha dah siapkan form itu.Hihihi...bijak x?Ada yang kelakar, rumate Diha pergi tiru Dihanya...hahahah.Mana leh tiru,exam ni!Hihihi...duk bilik pun kena banci...itu persoalan Diha...xpalah...mb Diha yang kurang tahu ttg banci-membanci ni.Jadi,baca byk sikit ttg bab ni ye sayangku Adiha.Klo ada masa ye...hihi,cz jurnal pun byk nak kena baca.Oklah...selesai dah entry Diha kali ni.Sahabat2...bersama-samalah kita jaga diri, jaga amal.Chayok3!
Salam muhibbah.

Friday, July 30, 2010

iNteRnsHiP pArT 2

salam
Semua chat?Amal berjalan seperti biasa?Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan sahabat dan diri ini. Hmmm, nak cite pasal internshp la kali ni...Part 2.Alhamdulillah sudah 2 minggu @ setengah bln Diha buat internsp...biasa la, pada awalnya, agak penat dan letih apabila balik dr kije.Kadang-kadang geram gak...cz xdapat buat kije lain apabila balik kolej,terus nampak bantal busyuk.Huhuhu...hope after ni, ok lah, dah bole imun ngan keadaan berinternship+belajar.

Today, nak cite pasal rakan sepejabat kami, iaitu adik-adik yg buat praktikal mereka di penjara wanita.Diorang senior Diha n Kak Qis.Cz dorang masuk bln 5 haritu...diringkaskan, minggu ni minggu last mereka berpraktikal...huhu,2 minggu je kami dapat bermesra.Adik-adik ni dari UMS,Sabah.Student degree psikologi n kaunseling if xsilap.Final year students, insyaAllah konvo bln 10 ni.

Jadi, hari Rabu lepas dapatlah kami berempat makan bersama(actly time kije mmg mkn sama, tp tu dalam penjara).Di Sate Kajang Samuri.Kak Qis belanja.TQ kak Qis...syg la.Hehehe.kami mkn n borak2...sampai pecah perut gelak duk bercerita n sakat adik-adik ni.Hmmm...lupa lak,nama adik ni Su n Imah.Sporting n banyak tolong n tunjuk ajar kami semasa mula2 masuk.Ialah, senior la katakan,jadi dorang la memberi keterangan yg pastinya banyak membantu kami terutama berkaitan prosedur penjara n banduan yang ingin diambil sebagai klien.Terima kasih banyak-banyak wahai Su n Imah.If ada rezeki, kita jumpa lagi ea.Meh la msuk UPM plak.Hehe...

Tidak lupa juga, if kami ada salah silap,mohon dimaafkan.After ni, means minggu depan, tinggal la Diha n Kak Qis berinternship.If ada student lain....xtahu lah.Cite pasal internship yg lain n penjara wanita akan Diha update dari masa k semasa, InsyaAllah...Ok, sebelum menutup tirai penulisan kali ini, Diha bubuh pic yg sempat diambil semasa kami makan bersama Su n Imah.Hope dorang berjaya dalam kehidupan mereka selepas ini.
***Yea..makanan dah sampai..sedap3!***

***Diha n Su******Kak Qis (udah2 lah tu minum,hehe) n Imah******Taraaa...habis licin gak(lapar sgt lah tu...Hehe***

salam ukhwah dari Diha.

Monday, July 26, 2010

dAPaT dAh...SyUkuR

salam
nak tulis di sini...
semalam post "nak dengar'...
alhamdulillah...
Diha dapat dgr dah...
syahdu mula2 dgr...
sebak n terharu...
sedapnya...
terima kasih ye...
terus mengimbau kenangan...
hope dapat dgr lagi...
owg pun ckp...
if ada rezeki n masa...
kan...kan...kan...
terima kasih...
khusyuk dgr...
moga dapat keberkatan...
terima kasih owg...
salam

Sunday, July 25, 2010

nAk dEnGaR

salam
.....nak dengar....
....tolonglah perdengarkan....
....nak sangat dengar.....
.....rindu nak dengar....
....xtau nape....
.....kdg2 sampai sebak....
....bila teringat...
....sbb nak dengar sgt skrg....
.....kdg2 dok buat bayangan...
....kembalikan memori sendiri...
....hanya krn xdapat dengar....
....moga didengari rintihan ini.....
salam

Saturday, July 24, 2010

tEriNgaT

salam
Apakah perasaan ini...Kadang-kadang Diha berasa rindu dgn alunan zikirnya...teringat masa lalu.Di mana, Diha sering mendengar...kini,mungkinkah Diha diberi peluang untuk menghayati alunan zikirnya?Segalanya aturan dan agenda Allah.Jika ada rezeki...adalah ia.
Perasaan kedua...Bukan itu sahaja, kadang-kadang Diha akan teringat sahabat Diha yang telah pergi ke rahmatullah...masa lalu juga....Diha mengenalinya.Sahabat yang banyak berkongsi cerita...pandangan dan pengalaman.Diha juga mengenalinya di tempat yang sama...dia suka bercerita.Diha akan dengar...sampailah kami pergi mengejar cita-cita di tempat yang berlainan,kadang-kadang dia gemar bercerita tentang pelajaran, walaupun kami berlainan institusi...Diha masih ingat, dia memberi Diha aiskrim di tempat kami pernah belajar bersama...satu bekas aiskrim, itu setelah Diha bagi tahu yang Diha gemar aiskrim.Diha ingat sampai sekarang.Dia seakan memahami Diha.Diha senang dengannya.Dia gemar buat Diha ketawa, tapi dia juga seorang yang mengambil berat.Mungkin, itu buat Diha ingat akan dirinya.Tapi Allah lebih sayangkan dia.Dia baik...dia sahabat Diha.Moga rohnya dicucuri rahmat.Al-fatehah untuknya.Moga ada insan yang baik sepertinya.
Moga perasaan ini buat Diha kuat untuk hadapi masa akan datang.Moga yang sudah tiada mendapat rahmat dariNYA manakala sahabat yang masih ada mendapat lindungan drNYA di dunia dan akhirat serta mendapat apa yang dihajati.InsyaAllah...
Salam peringatan.

Friday, July 23, 2010

winNer vS LoseR

salam ukhwah
The winner is part of the answer;
The loser is a always a part of the problem.
The winner always has a plan;
The loser always has an excuse.
The winner says ‘let me do it for you’;
The loser say ‘that’s not my jobs’.
The winner sees an answer in every problem;
The loser sees a problem in every answer.
The winner sees a green near every sandtrap;
The loser sees a sandtrap near every green.
The winner say ‘it may be difficult but it’s possible’;
The loser says ‘it’s may be possible, but it’s difficult’.
muhasabah:Diha mahu jd 'winner'....pemenang untuk semuanya.Jika dahulunya pernah gagal...biarlah ianya jadi tauladan...sempadan untuk hari esok.Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.Semoga menjadi pemenang untuk segenap rasa, pelusuk n peluang yang ada,insyaALLAH.Amin.
salam

Monday, July 19, 2010

1st dAy beR'inTernShiP

salam
Pengalaman hidup Diha...di mana xsemua org akan dapat rasa.Today Diha start b'internship d penjara wanita Kajang...perasaan?Pada awalnya berdebar gak..cz ialah tmpt yg berbeza dgn dunia yg sllu kita alami.Tapi apabila dah melangkah masuk k pagar,pagar n pagar(mmg byk pagar ok)Diha mula mengenal apa itu dunia di sebalik tembok yg tinggi itu....mb xsama dgn apa yg dilakonkan di tv...xsemua..itu pendapat Diha.Diha n Kak Qis buat internship di situ...Hmmm, alhamdulillah urusan kami dipermudahkan dgn bantuanNYA...syukur sgt.Setakat tadi, layanan Puan n cikgu(gelaran utk warden di situ adalah baik...di unit kami,lg la baik n mesra.
Actly,byk nak cite, tapi Diha agak keletihan today...jd lain hari Diha stori mori lagi ea.Tadi, pas mkn mlm, cz xtahan sgt sakit kepala...Diha telan 2 biji panadol xtiv fast(mkn time bli kasut).
Citer disebalik ist day yg kelakar n kesian gak ialah...kasut kak Qis sampai tercabut...naik bukit n byk jalan kot.Hehe...cian kak Qis.Tapi kami terus p cari kasut baru...ronda n ronda akhirnya dpt gak kasut barunya.Dugaan membeli kasut Kak Qis today.Cian akak kan.Diha pun beli...cz kasut lama dah nak tercabut tapak + ngan dah "gigit" kaki Diha...sakit tau.Pening n letih kami redah hingga mencapai misi kami.New Shoes!hihihi.Mb inilah penangan kasut lama yg disimpan di dalam kotak.Kesimpulannya...internship kami ini ada cabaran n kelebihan cz xsemua org leh masuk tok mengenali dunia penjara.Nanti Diha cite lagi ea.Tgok pic yg Diha sempat snap ea.Nyte.Salam.

***Inilah bangunan pertama yg Diha kagum...cz cantik n besar:masjidnya***

***masjid gak...kami dah solat disitu...solat asar,after balik kije.best!***

***Inilah kad matrix yg mesti dipakai...sekejap siap dah kad tu...PELAWAT ea???***

***kasut baru Diha...kiut miut tau******kasut Kak Qis...last ni...rezeki kak Qis...cantik kan***

memo:pic kasut lama yg tercabut xleh dbluetooth la...geram3

Sunday, July 18, 2010

dE nEw ciK heLmEt

salam
Apa khabar sahabat2 Diha?Hmmm...nak cite ttg cik helmet....ptg tadi Diha dapat new cik helmet....colour itam...best!Ini merupakan helmet Diha yg kedua...itupun stlh helmet lama rosak.Thanx a lot pada owg.Alhamdulillah...syukur.Diha suka.Same colour ngan yg lama, tp cik helmet yg baru ni ada corak n colour putih...yg PENTING same colour ngan moto kesayangan Diha....hitam itu menawan.Hehehe....kat sini, Diha nak ucapkan ribuan terima kasih pada owg....tQ.tQ n tQ.Diha akan jaga dengan baik.Sempena hadiah bday Diha kan....hehehe.Best3!
***inilah cik helmet yg baru...pic dr sisi depan******ini cik helmet dr sisi tepi***

salam ukhwah.

Wednesday, July 14, 2010

kiNi kEmBaLi

salam
Wahhh...lamanya xbercoret-coret di sini, diblog kesayangan ini...huhuhu...Haaa...Diha dah naik sem baru...byk agenda dan perancangan yg perlu dilaksanakan.Hmmm, nak menulis panjang sebenarnya (eceh!), tapi mata dah berat dah, ialah siang tadi, hampir seharian di fakulti membuat kerja..jadi letih + mengantuk...n di bilik xda lagi rumate nak ajak bersembang, jd lg bertambahlah mengantuk...jd, len hari n masa Diha bercoret-coret di sini ea. Apa yg penting, kena ada semangat baru di semester baru ini (wah, tiap semester kna ada smgt baru ek Diha...)Ya...perlu!Hehehe...Ok,selamat malam sayang Diha.
Salam.

Friday, May 21, 2010

cuTi n CeRiTa

salam ukhwah..salam kasih n salam kerinduan.Hmmm,agak lama xmenulis di sini, rindu juga rasanya.Skrg Diha ada kat umah,kat kampung.Jadi suri hati mak n abah..membantu mereka.Nak kata hjadi suri rumah pun boleh...hihihi.Kebanyakan hari-hari Diha berjalan seperti rutin, melakukan kerja yang hampir sama setiap hari.Sebenarnya ada kije pojek paper kna buat, tapi mood xsampai.hakhak...InsyaALLAH Diha akan lakukan juga.
nak citer ape ek?Haa..ttg kelahiran lah.Waktu cuti ni juga, Diha dapat melihat si G-force ni melahirkan kelahiran generasi yg ketiga...so cute.Now hampir 3 minggu dah..dah besar, n boleh mkn dah pun...Diha bagi mkn kat mereka ni pagi n petang. Dorang akan bunyi eee...eee..eee, bila ada orang lalu kat tempat si G-force ni.Bijak2!Diha jadi seronok je, kdg2 ckp2 ngan dorang...hahaha.
Oklah sahabat..nanti ada masa, ruang n idea, Diha menulis lagi ek.Ok, jaga diri n senyum selalu ea.Salam ukhwah.

Wednesday, April 28, 2010

cUti2!

salam
Ape khabar pengunjung blog Diha?Hehehe....hm,alhamdulillah, Diha dah abez exam Isnin lps..skrg berdoa n berserah pdNya, moga dpt yg terbaik,amin ya ALLAH.Now Diha dah balik, tp lum sampai umah Johor.Berhenti seketika di Melaka....best kan cuti....hihihi...hm, cuti ni plan nak buat proposal project paper Diha...doa2 kan lah Diha dpt siapkannya dgn jayanya. Sebelum balik semalam, ada jumpa supervisor Diha...alhamdulillah, Dr. ada bagi cdngan yg memberangsangkan Diha.Eceh...hihi.Hope project paper Diha berjalan dgn lancar...n hope Diha dpt hadapi cabaran n dugaan dlm membuat project paper ni dgn baik, tenang n kuat.Amin.Ok lah...kpd sahabat2, selamat beroliday ek...kak Qis mesti best cuti ni, dpt jumpa hubby nye byk sikit.Hihihi...Kak Ira lak, selamat menjalankan kije yg baru itu...mana tau dpt insan yg terbaik di sana. Hihihi...n sahabat2 yg lain....jaga diri n kesihatan ye...insyaAllah kita berjumpa di semester baru.
salam ukhwah.

Friday, April 16, 2010

kEndUri n cUlture sYok

salam
Salam hari Jumaat...penghulu segala hari...hmm,today nak citer pasal kenduri.Tapi xsecara detail...hihi.Sabtu lps wat kenduri doa selamat...then, kami yg keturunan Jawa ini mestilah ada nasi ambang@ambeng ini....Teringat kat claz culture-centered counseling ari tu, ada akak tu citer pasal budaya org Jawa yg suka menghormati tetamu, layan tetamu n nasi ambang ni...Dia rase itu kejutan budaya bg dirinya. Bagi Diha ia perkara biasa, tp bagi org yg xsegolongan n sebudaya ngan Diha n family, mb ia akan menjadi culture shock...Diha lak, culture syok..hahaha.


Ok lah, kat sini, Diha nak tunjuk makanan budaya kami, nasi ambang...tapi telah diubah suai oleh Along Diha. If yg sebenar..nasi diletak kat tgh2...n byk...tapi ini x, dah bg siap2 tok 4 org makan.Gaya Selangor katanya...hakhak...Diha sertakan juga kuih yg kami jamu kepada jemaah kenduri.Selain tu, kami ada jelly kelapa sbg pencuci mulut n air sirap yg sedap (sesuai diminum di musim panas ini,hihihi)...ada yg x sebut k menu kenduri?If xtersebut..maaf ye.Jom layan....p/s:abang Udin, jgn terliur tau...hihi..nak pos kan k????(hihihi)
salam budaya Diha

Thursday, April 15, 2010

bErlaiNan tp BeRsaTu

salam ukhwah
~ Suatu hari, Imam Malik hairan melihat seekor burung merpati dan seekor burung gagak berkumpul bersama.Dengan spontan beliau berkata"Kedua-duanya dapat bersatu padahal jenisnya tidak sama".Ketika burung itu terbang, beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat.Lalu beliau berkata, "Sebab itulah burung itu dapat bersatu".~
Inilah sahabat, satu kisah di mana menunjukkan kita bahawa perbezaan itu tidak mendatangkan masalah jika pandai melihat persamaan yang ada walaupun kecil persamaan itu. Mempunyai persamaan yang bermakna dapat memberi kita kekuatan untuk bersama. Persamaan perlu wujud bkn sahaja dalam hubungan pasangan malah dengan keluarga dan sahabat handai.Kita tidak sama secara keseluruhannya bukan?...tetapi kita ada sedikit persamaan yang membawa kita menjadi rapat, mesra dan bersatu...begitu juga pada pasangan...persamaan sikap di antara pasangan mewujudkan keserasian.Manakala perbezaan sikap di antara pasangan pula membuatkan pasangan itu saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Kita hendaklah berfikiran positif dalam mencari apakah hikmah yg terdapat di dalam perbezaan yang wujud. Keluarga, pasangan dan sahabat perlu bijak mengendalikan perbezaan dan bersyukur dengan persamaan yang ada, di mana ia mengeratkan dan membuat kita "satu kepala".Ini buat renungan bersama.
salam perkongsian.

Monday, April 12, 2010

sAlaM muJaHaDah

salam
final exam dtg kembali
Diha ingin minta maaf
halalkan segalanya
Doakan Diha berjaya
kesihatan yg sempurna
sepanjang exam kali ini
bermujahadah kita bersama
untuk exam kali ini
wahai sahabat2 yg seangkatan
dan seperjuangan
man jadda wa jada
all the best!
salam mujahadah

Saturday, April 10, 2010

seSi maKaN2

salam
Semalam claz yg last for diz semester...hukhuk.Sekejap je kan..hm, n smalam, kami adakan mkn2 slps claz tamat.Claz group counseling.Selalunya sesi kaunseling, tp smlm sesi mkn2.Yeaaa...Best sgt2...semua org kna bwa potluck...lecturer kami pun bawa, buatan air tgn ibu tu..pizza lg tau.SEDapppppppppppp sgt.Hehe..Mcm2 makanan dibawa oleh sahabat. Diha share ngan sahabat lain, bli kek...cz xdpt msk kan(alasan,hikhik).Syok la mkn2 ni, byk lak tu Diha mkn smlm.Kenangan terindah...claz n clazmates yg best!Jom layan pic yg sempt snap.
***antara potluck yg ada..sedap tuuu***
***Diha wit kek...hakhak******group 2 wit lecturer -simulasi kaunseling,best semuanya******Diha wit Kak Mai yg cumel,akak yg spoting******Kek yg bertulis "SEMOGA SEMUA DPT 'A' GUD LUCK"hehe(idea Miza & Diha),lecturer kami tkot nak baca,hahaha.******Pizza buatan lecturer kami, sedap bangat***

salam kenangan

tHanX

salam
Pagi ni ujan..dingin je.sambil tggu along dtg mai, Diha g menulis dulu di sini. Hmmm,nk say thanx kat sahabat2 yg tlong Diha wat asgmt group counseling Diha ari tu. Mereka menjadi klien@ahli kelompok Diha.Thanx sgt cz bantu Diha.Mereka pun bg kerjasama.Untuk pengetahuan,kebanyakan dr mereka bkn dr bidang Diha,sorang je, Kak la, tp junior Diha
;-).Xpalah, xsame claz.Hehehe.Thanx again.Jasa mereka diingati.Cz nak cari klien ni bukan senang.Hukhuk.Mereka ahli kelompok yg mudah dijaga.Hehehe...bwh ni ada pic yg sempat Diha ambik pas sesi dijalankan.Jom layan...
***inilah sahabat yg membantu,thanX kamu semua***

*** Diha dengan mereka...ayu2 kan mereka ni.Hehehe(pic goyang cikit)***

***gaya bebas,Diha suki sgt...***

salam terima kasih

Thursday, April 8, 2010

aPa iTu R.i.n.D.u

salam
r-rasional
i-indah
n-nikmat
d-dugaan
u-unik
RINDU
salam

Tuesday, April 6, 2010

sYukuR

salamALHAMDULILLAH....semua asgmt Diha dah siap.
Alhamdulillah....syukur.
Alhamdulillah.
sem ni byk asgmt n projek yang perlu dibuat.
dan baru tadi siap asgmt Diha yang last.
alhamdulillah lagi sekali
akhirnya....
Diha dapat menyempurnakannya.
semoga dapat yang terbaik.
amin.
syabas n tahniah sayang Diha.
yea............yahuuuuuuuuu.
salam kesyukuran.

Saturday, April 3, 2010

deQ mOk2...

salam
Jiha @ DeQ mok2(cz skrg dh berisi)heheh..duk menyanyi di dlm kete.Suka lagu ni...lagu knk2.Diha pun reti nyanyi..hehehe.Rindu kat bdk manja+nakal+sempoi+comey ni.Jom layan jom...

salam comey

Sunday, March 28, 2010

berBo0k faiR

salam ukhwah
alhamdulillah...smlm Diha dapat menjejakkan kaki ke Book Fair d PWTC. Diha pergi dgn rumate n kwn dia.Hmm. Pergi awal pagi n balik dalam kul 4 lebih. Hmm, dr di train sampailah di book fair, mmg ramai org...ramai sgt..huhu.Sabar jelah. Sampai2 je d hentian Putra, perot lapa..(sedangkan dah bfaz roti n susu coklat td)hehehe,jd pergi isi tangki perot ni dulu di The Mall pukul 10 lebih, mkn nasi tu...nasib sedap,alhamdulillah...kemudian, bli makanan lagi utk bekalan d pwtc...hoho....bekalan dunia.Diha ni nak g book fair k g mkn2???Hehe...inilah Diha, mkn sikit tp byk kali.Di book fair xleh bwa mknan luar, tapi slumber je n org xnampak dah mana makanan, mana buku.Kuikui...ramai bangat!Di book fair, lame gak Diha n sahabat di sna..lame mb krn pergerakan yg slow cz ramai org, rumate kate mcm g umrah...Diha bli buku yg patot...n kuar bila nak solat zohor...nak solat cari tempat solat pun sukar, krn kebanjiran org kan..tmpat xcukup, dr d tepi Pwtc hingga di The Mall, mmg penuh+sesak..lastly, k hentian bus Putra,alhamdulillah...di The Mall td, Diha sempat bli sehelai blous panjang..heeee..reward utk diri ini.Then, kami pun balik...dgn train yg sesak lagi..n Diha xlupa n leh senyum apabila ada guy yg Diha xnampak pun muka dia buat lawak..dia ckp kuat2 bg 1 train dgr kot..dia kata "tau x knp train ni penuh?cz kita 1 Malaysia"hahaha...ramai yg gelak...hmm...itulah cerita Diha kali ni. Ada bbrapa pic yg sempat Diha snap...layan ea.
Hope dpt pergi lagi book fair lain kali...tp nak tenang je leh x???Leh...pergi time org kije o buat book fair di umah ;-)Salam mencari ilmu.

Friday, March 26, 2010

mAta & hAtI

salamsalam perkongsian

ciNtA haKikI

salam ukhwah amin...
salam

Thursday, March 25, 2010

pEts

salam ukhwah
Post kali ni mcm khas tok abang Udin...mak beriya-iya soh ambik gambar n tunjuk kat abang udin...Diha xletak kat FB, jd Diha letak kat blog tersyg ni la.Hehe...hm, utk pengetahuan sahabat2, kat umah Diha byk pets @ binatang peliharaan tau..kdg2, mcm zoo pun ada.Hehe...mak n abah suka membela + kami sefamily pun suka. Selain Cik Wii (cat), kat umah ada marmut(eh,btol k nama binatg ni?cz mak n abah pggl argus...hehe), ada 5 ekor dah..membiak tau, ha if kat movie binatang ni digelar G-force,hahaha.Selain itu ada angsa, itik, ayam,4 ekor kura-kura yang sdg membesar dan yang terbaru ada kambing...4 ekor tuuu. If nak campur adiknye pet, 2 ekor tupai terbang(pa ntah nama saitifiknye...)tapi pets tu akan dtg bila adik balik umah je.Ada k yang Diha xsebut???hm, if tertinggal, maaf ye pets di umah...Pelihara binatang ni best tau, selain leh memupuk sifat kasih n sayang ngan makhluk ciptaan tuhan, kita leh cakap ngan dia, leh tahu khidupan dia n memahami dia. Yang penting, kita jadi epy n sayang kat dia cz dia di bawah tggungjawab kita.Insyaallah, dapat pahala.Jom tgok pic yg Diha smpat snap...yang xda tu, cz dah biasa tgok kan...mcm ayam.Hehe..
***G-force-hehe,baru bersalin lg 3 ekor tp mati sekor,jd semua ada 5 ekor,membiak2***

***ini anak itik....byk tu...cute je.ada mcm donald duck tak???hehe***

***cube tgok btol2, bulu anak(dpn) n ibunya lain kan,eh,diha pun confius itu ibu k ayahnye???***

***haa, nilah cik kambing tu...sudah ada kandang khas tau***

salam kasih sayang bersama binatang kesayangan.