Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, September 13, 2009

hikmah disebalik sakit


Salam...
Hari ini teringat nak cerita tentang sakit.Mb Diha baru jer sihat dari demam yang agak teruk.Diha dapat demam hampir seminggu dalam awal puasa hari itu.Dugaan sungguh.Apa tidaknya, Diha dapat demam ni selepas balik dr rumah,Diha dah ada tanda kurang sihat time nak balik ke UPM. Tup-tup Diha demam malam lepas petang Diha sampai UPM.Sedih sangat....kalau tahu tak payah balik U.huhu...tp tak tahu.ALLAH yang tentukan semuanya.Kun fayakun...
Nak jadikan cerita, pagi esoknya,kena pergi ke Pusat Kesihatan UPM.nasib baik dekat dengan kolej Diha.Jalan kaki jer.Mak pun risau, mak yang paksa soh pergi.Ialah dgn musim H1N1 ni kan, Diha pun jd takut.Diha pun pergi lah sendiri...sedih lagi.If kat umah, confirm mak yang teman.Sampai jerk at PK, Diha kena check awal2 kat depan pintu tu, cz Diha demam n adalah tanda2 penyakit yg mengerunkan itu.Huh...badan Diha memg panas, melebihi 38 darjah.Dah sattle check kat situ,kena check ngan doctor plak...actly,1st time Diha g PK tok buat medical check up ni.Jadi agak terpinga-pinga nak pergi mana dan buat apa.Tp sakit punya pasal,Diha redah je. Lastly, Diha dapat MC 2 hari...huhu...teros terpikir tentang balik umah.Yelah, balik UPM ni pun tak dapat attend kelas, kalau tahu tak payah balik.Ish...Diha ni, ‘kalau’ sokmo je.Tak baik kan.
Nak ringkaskan cerita, Diha demam agak teruk kali ni, ALLAH nak uji Diha dan hapuskan dosa Diha secara tunai di dunia ni.InsyaALLAH. Jadi Diha kena sabar je.Yang Diha tak tahan, ubat yang Diha dapat banyak sangat. Dahlah Diha ni anti ubat...huhu...ujian.Ditambah dengan dapat ubat capsule.Diha memang tak reti nak makan.Dah try, tapi tak boleh...last2 Diha nangis...yelah, nak sihat, tapi tak reti makan ubat bercapsule ni.Last2 ada pendekatan yang Diha takut nak cuba, cz ia akan rasa lagi pahit,iaitu dgn buka sarung ubat tu.Tapi atas nasihat yang memberi semangat, Diha pun buka...makan ubat dengan air manis.lantak lah...janji Diha makan ubat.Diha tak suka air kosong time demam, entahlah.Rasa payau semacam, tak sedap dan kadang2 buat Diha nak muntah.Family selalu paksa, tapi apakan daya..inilah masalah besar Diha time demam.Anti air kosong tapi if sihat, Diha banyak minum air kosong ni.Diha start je demam, family Diha tak putus2 call n msg Diha...terharu pun ada.Sahabat dan insan lain pun ada bertanya khabar,bantu Diha dan ada yang cuba hiburkan Diha.Thanx a lot.

Akhirnya, Diha sihat demam apabila balik umah semula.Dapat jumpa makabah dan dapat urut,Jumpa makabah yang paling dinanti,ialah,time demam nilah manja dan kesayuan itu bertambah2 dan ditambah lagi dengan duduk berjauhan...huhu.Sedih tau sahabat. Jadi Alhamdulillah, Diha beransur sihat.Syukur sangat.dalam dapat demam ni, Diha belajar agar Diha lebih sabar.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sabar itu ada tiga: Pertama, sabar dalam mengerjakan ketaatan. Kedua, sabar menghadapi musibah (bala). Ketiga, sabar meningggalkan maksiat. maka siapa yang sabar atas penderitaan musibah sehingga di tolaknya dengan hiburan yang baik, maka dicatat baginya tiga ratus darjat. Dan siapa yang sabar berbuat ketaatan, maka dicatat baginya enam ratus darjat. Dan siapa yang sabar dalam meninggalkan maksiat, dicatat baginya sembilan ratus darjat”

Pada family,sahabat dan insan yang banyak membantu,Jutaan terima kasih dan minta maaf sangat2 cz banyak menyusahkan.Di sini Diha nak kongsi sedikit hikmah datangnya penyakit dekat kita,harap kita sama2 ambil iktibar dan pengajaran,insyaALLAH.

Diriwayatkan suatu hari, Salman r.a sedang sakit dan beliau dikunjungi oleh Rasulullah s.a.w. dan melihat keadaan Salman yang sakit itu, baginda seraya bersabda:“Untukmu dalam sakitmu ini mendapat tiga keuntungan.Pertama: Peringatan dari tuhan.Kedua: Pembersih dan penebus dosa-dosa yang lalu.Ketiga: doa orang yang sedang sakit itu mustajab, kerana itu berdoalah pada ALLAH sekuatmu.”

Bagi kita yang ditimpa bala, ilmulah yang akan dapat memberitahunya betapa bala yang antaranya berupa sakit itu merupakan anugerah dan kelebihan yang Allah berikan kepadanya.

Mu’az bin Jabal r.a. berkata: “jika ALLAH memberi bala (ujian) bagi seseorang mukmin berupa penyakit maka Malaikat yang disebelah kiri diperintahkan supaya tidak mencatat apa-apa, sedangkan Malaikat sebelah kanan diperintah: Catatlah untuk hambaKu sebaik-baik amal perbuatan yang biasa dilakukan ketika sihat, kerana dia kini dalam belengguKu".

Keistimewaanya disini, kita yang sakit itu akan diampunkan dosa-dosanya seandainya kita menemui ajal kerana penyakitnya itu atau ALLAH sembuhkan dari penyakit tersebut.Allahualam...
Salam sihat dari Diha.

No comments: