Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, December 31, 2010

rUmuSaN inTerNsHiP

Salam

Secara keseluruhannya, melakukan internship di Penjara Wanita Kajang ini memberi pengalaman baru kepada saya kerana bukan mudah untuk mendapatkan pengalaman seperti ini kelak. Dengan klien yang mempunyai kesalahan dan masalah yang berbeza dan ada yang mempunyai masalah yang sukar dijumpai di dunia luar tembok tinggi ini. Sebagai kaunselor baru, dengan pengalaman menjalankan sesi kaunseling serta bimbingan banyak membantu saya lebih memahami dan merasai apa itu sesi kaunseling dan mengajar saya erti kehidupan yang berbeza daripada perkara biasa.
Klien yang hadir juga memberi kerjasama dan memudahkan sesi kaunseling dan bimbingan yang dilaksanakan. Pengalaman berjumpa klien yang sebegini menjadikan saya lebih memahami kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran. Selain itu juga, saya dapat mengetahui pengurusan penjara yang selama ini hanya didengari dan dilihat di kaca televisyen dan surat khabar. Pengalaman yang berharga ini banyak membantu saya menjadi kaunselor yang mempunyai pengalaman dengan klien yang sedemikian. Di harap juga terdapat rakan-rakan yang lain memilih penjara sebagai tempat internship pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja membantu kaunselor baru mengendalikan pelbagai kes yang berlainan malah dapat menguatkan diri serta mematangkan diri agar menjadi kaunselor yang berkesan, insyaAllah.


hihihi...skema kan ayat...ini antara ayat report Diha....alhamdulillah...semalam,30 Disember 2010-Khamis Diha selamat tamatkan internship di Penjara Wanita Kajang.

Salam

Tuesday, December 14, 2010

aduYai...uBat KapsuL

***cantik je colour dia,tapi xleh juga masuk k dlm mulut...aduyai...kapsul o kapsul***
Salam

Apa kabar semua...Hmmm,Diha dgn ringkas nk bgtau..Diha tetap xreti mkn ubat kapsul.Hukhuk...dmam ni...soh ambik antibiotik...tp kapsul la...jd Diha xmau...xreti...Hukhuk.Mcm2 cara dulu dah buat,mkn ngan pisang la,roti la...tp xjd juga...last2,buka sarung dia..huhu..sgt pahit tau..Hmmm...nape la xreti mkn ubat kapsul ni...Sedih gak kdg2.Moga reti lpas ni..o xreti selamanya...kna la buka ubat itu selamanya o xambik langsung if ada pilihan...Diha oh Diha sayang...kapsul tu pun satu...awat xmau msuk dgn mudah dlm mulut..huhu (salahkan ubat plak).Diha jd anti ngan ubat jenis kapsul ni.Aduyai...hukhuk.Oklah...xlarat ni...moga sihat...nyte.
salam

salam

Saturday, December 11, 2010

moOd mSk dcAmpuS

Salam
Hari ini Diha kurang sihat....hmm,mb cuaca kan..ditambah ngan selalu kna ujan dgn scooter cyg...tapi dgn keadaan yg mcm tu..Diha smgt nak p pasar tadi kat Mardi...Diha pun p ngan rumate.Sampai sana...beli mknan wajib iaitu nasi kerabu...bfo tu, nampak dah pisang tanduk yang tergantung cantik...mgoda Diha soh beli.Ingat kak Ijah lak...cz dia suka pisang tu.Diha yg ada mood rajin nak memasak sejak xbz (cz internship je kan...),jadi Diha pun belilah....2 biji.Rumate beli buah jambu batu.Then nak goreng pisang pasti kena ada minyak n tepung kan?Bfo ni msak guna planta je cz xda sampai mgoreng-goreng ni...jd pas kat pasa,Diha p la Sri Serdang, p isi myk then p kedai bli brg.Sampai sana, mata lagi la rambang nak bli mkanan basah...ialah semangat nak masak kan...mood dr mana ntah..tapi Diha mmg suka memasak dr menjahit.Huhuhu...akak2 Diha tahu dah ttg tu...then bli la byk brg...Rumate pun galakkan n suka mkn makanan yg dimasak sdri.Apa lagi..Diha pun belanja mcm duk umah..hakhak...sdgkan duk bilik je...apa2 pun hati epy dpt bli....kami share beli brg2 dapur tu...Slps membeli belah(belah la sgt)g kdai fotocopy,then baru t'ngt benda ptg nak beli sampai terlupa gara-gara mood masak ni iaitu beli strepsils (utk sakit tekak,dah abez cz duk mkn pagi td)....ada gak bli majalah solusi keluaran terbaru...pastu rumate blanja aiskrim..yummy...suka2!tQ rumate cz tahu kgemaran Diha...sakit tekak pun balun..ubatlah katakan.hahaha.
Then...balik kolej..sampai2 mkn aiskrim..then Diha susun brg dapur di rak (actly rak buku, tapi kan dah xda buku...jd rak mknan daaa)Rumate lak p simpan brg basah dlm peti ais..Huhuhu..smgt ni..rumate pun pelik..sampai dia kata dah xlama la tu...tanye balik xlama ape?Dia kata kawen...huhu.Gitu kah?Apa2 pun..mood nak masak kat campus ni mmg tgh tinggi...if ukur peratus...mb 90%..hahahah.Oklah..ni Diha sertakan pic yg Diha ambik tadi.Layan...
***aiskrim yg dmkn hari ini***
***pic ats(pisang tanduk n jambu batu)***
***pic bwh (brg2 yg dibeli...byk daaa)******brg yg sudah disusun rapi (eceh)***


memo:mak call...Diha cite bli pisang tanduk mentah...mak gelak..Huhu..mak tnye msk guna apa?Penuh tenang mjwb rice cooker.hihihi.Boleh tau mak..hihihi.

salam.

Friday, December 10, 2010

aPe raSe niii???

Salam
Persoalan ni...apa yg Diha rasa ni???Hmmm....xtau nak ckp mcm mana dah....xtau nak luahkan...jadi rasa sdri2 je la.Moga apa ye Diha rasa ni...xmemudaratkan diri Diha.Ya Allah...bagiku kekuatan...moga sihat sentiasa, tenang n tabah.Amin.
Salam

Tuesday, December 7, 2010

tEman SejaTI

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

***Teman Sejati***

***Brothers***


hijRaH...dOa aKhir & aWal

Salam...
Hari ini Diha nak kongsikan pengertian doa akhir thn n awal thn...selamat tinggal 1431H n selamat datang 1432H.Moga pengertian doa ini memberi sentuhan pada jiwa n hati kita...InsyaAllah..
~Doa akhir tahun~
Segala puji tertentu bagi Allah,tuhan semesta alam.Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW,ahli keluarga dan para sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, apa yang telah aku lakukan pada tahun ini daripada perkara-perkara yang engkau tegah aku daripada melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya, sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya, serta Engkau berlemah lembut terhadapku walaupun Engkau berupaya untuk menghukumku,tetapi Engkau memberi peluang supaya aku bertaubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu,maka ampunilah daku.Seterusnya, sekiranya apa yang aku lakukan padanya daripada perkara-perkara yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan daku dengan pahala atas yang sedemikian itu, maka aku memohon kepada-Mu, Wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerimanya daripadaku dan janganlah Engkau memutuskan harapanku daripada kurniaan-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mulia.
~Doa awal tahun~
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam.Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, Engkaulah Yang kekal abadi,Yang Qadim,Yang Awal dan di atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.Kami memohon pemeliharaan kepada-Mu di sepanjang tahun ini daripada syaitan yang rejam dan pembantu-pembantunya serta tentera-tenteranya.Kami juga memohon pertolongan-Mu daripada nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan usaha yang mendekatkan kami kepada-Mu,wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.
amin...amin...amin...
Selamat menyambut tahun 1432H....moga lbh baik daripada sebelumnya...sematkan azam yang baik di thn 1432H ini...
Salam hijrah...

Saturday, December 4, 2010

bOwLinG...miZ uUuu

salamHmm...Diha rindu sgt dgn bowling..maksudnya teringin sgt nak main. Lama dah x main.Rindu nak main ngan family...dulu time cuti semester, kami main byk3 kali.Best...main kat MIBC Melaka paling best...huhuhu.Semalam anak2 buah g main.Sgt jelez ini acik tau...hope dapat main puas2 nanti..ohhh,korang main 3 games ye...nanti acik main 4 games..hakhak...main sampai tgn lenguh....huhuhu.Ada sape2 nak ajak Diha main d sini?Diha xtau kat area sini mana best...hukhuk.Ok..salam.
Nota:main bowling merupakan terapi gak tau.If xpuas hati, geram n penat...time baling bowling tu...buat sepuas2 hati...nanti lega.Hihihi.Try ye.

2 dis '!0


salam
abah...
selamat hari lahir...
Moga abah sihat selalu...
panjang umur n murah rezeki...
semoga mendapat keredhaan drNya...
Diha sayang abah
***abah n Diha...cumelnya anak abah,hihi******untuk abah sayang***

salam sayang utk abah