Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, January 10, 2010

aMin meNyanYi

Ada seorang budak kecik, Amin namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing. Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke, mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer, sesuka hati dia jerit kat mak dia..."mak..Amin nak kencing!!!".Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Amin sebab mak nya malu dengan perangai Amin nih menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Amin,"Amin..lain kali kalau Amin nak kencing, Amin cakap nak nyanyi,ok?". Amin pon mengangguk tanda paham.Nak dijadikan cerita, satu hari mak Amin ada outstation, jadi Amin di hantar bermalam dengan neneknya. Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Amin. Budak Amin nih bukan tau orang tua tuh penat ke tidak. Dia pun menjerit kat neneknya... "Nenek...Amin nak nyanyi!!".Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak Amin bising!", terang nenek. Si Amin terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah..."Um..yerlah..Amin..Amin nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye....."
moral:
Lawak2 juga tp moral dlm citer Amin ni ialah budak kecil @ kanak2 xfhm bahasa tersirat ni.Setakat yg dia fhm,itulah dia akan 'pegang' dlm hidupnya.N dia akan pk org semua sama n fhm.Kita perlu bimbing n beri kefahaman pd mereka agar xberlaku slh fhm.N kita juga perlu bgtau pd org len ttg bhsa isyarat tu agar xla kna "nyanyi" dgn cucu.Hehehe.

No comments: