salam ukhwah
~ Suatu hari, Imam Malik hairan melihat seekor burung merpati dan seekor burung gagak berkumpul bersama.Dengan spontan beliau berkata"Kedua-duanya dapat bersatu padahal jenisnya tidak sama".Ketika burung itu terbang, beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat.Lalu beliau berkata, "Sebab itulah burung itu dapat bersatu".~
Inilah sahabat, satu kisah di mana menunjukkan kita bahawa perbezaan itu tidak mendatangkan masalah jika pandai melihat persamaan yang ada walaupun kecil persamaan itu. Mempunyai persamaan yang bermakna dapat memberi kita kekuatan untuk bersama. Persamaan perlu wujud bkn sahaja dalam hubungan pasangan malah dengan keluarga dan sahabat handai.Kita tidak sama secara keseluruhannya bukan?...tetapi kita ada sedikit persamaan yang membawa kita menjadi rapat, mesra dan bersatu...begitu juga pada pasangan...persamaan sikap di antara pasangan mewujudkan keserasian.Manakala perbezaan sikap di antara pasangan pula membuatkan pasangan itu saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Kita hendaklah berfikiran positif dalam mencari apakah hikmah yg terdapat di dalam perbezaan yang wujud. Keluarga, pasangan dan sahabat perlu bijak mengendalikan perbezaan dan bersyukur dengan persamaan yang ada, di mana ia mengeratkan dan membuat kita "satu kepala".Ini buat renungan bersama.
salam perkongsian.


No comments:
Post a Comment