Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, July 24, 2010

tEriNgaT

salam
Apakah perasaan ini...Kadang-kadang Diha berasa rindu dgn alunan zikirnya...teringat masa lalu.Di mana, Diha sering mendengar...kini,mungkinkah Diha diberi peluang untuk menghayati alunan zikirnya?Segalanya aturan dan agenda Allah.Jika ada rezeki...adalah ia.
Perasaan kedua...Bukan itu sahaja, kadang-kadang Diha akan teringat sahabat Diha yang telah pergi ke rahmatullah...masa lalu juga....Diha mengenalinya.Sahabat yang banyak berkongsi cerita...pandangan dan pengalaman.Diha juga mengenalinya di tempat yang sama...dia suka bercerita.Diha akan dengar...sampailah kami pergi mengejar cita-cita di tempat yang berlainan,kadang-kadang dia gemar bercerita tentang pelajaran, walaupun kami berlainan institusi...Diha masih ingat, dia memberi Diha aiskrim di tempat kami pernah belajar bersama...satu bekas aiskrim, itu setelah Diha bagi tahu yang Diha gemar aiskrim.Diha ingat sampai sekarang.Dia seakan memahami Diha.Diha senang dengannya.Dia gemar buat Diha ketawa, tapi dia juga seorang yang mengambil berat.Mungkin, itu buat Diha ingat akan dirinya.Tapi Allah lebih sayangkan dia.Dia baik...dia sahabat Diha.Moga rohnya dicucuri rahmat.Al-fatehah untuknya.Moga ada insan yang baik sepertinya.
Moga perasaan ini buat Diha kuat untuk hadapi masa akan datang.Moga yang sudah tiada mendapat rahmat dariNYA manakala sahabat yang masih ada mendapat lindungan drNYA di dunia dan akhirat serta mendapat apa yang dihajati.InsyaAllah...
Salam peringatan.

No comments: