Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, December 7, 2010

hijRaH...dOa aKhir & aWal

Salam...
Hari ini Diha nak kongsikan pengertian doa akhir thn n awal thn...selamat tinggal 1431H n selamat datang 1432H.Moga pengertian doa ini memberi sentuhan pada jiwa n hati kita...InsyaAllah..
~Doa akhir tahun~
Segala puji tertentu bagi Allah,tuhan semesta alam.Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW,ahli keluarga dan para sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, apa yang telah aku lakukan pada tahun ini daripada perkara-perkara yang engkau tegah aku daripada melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya, sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya, serta Engkau berlemah lembut terhadapku walaupun Engkau berupaya untuk menghukumku,tetapi Engkau memberi peluang supaya aku bertaubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu,maka ampunilah daku.Seterusnya, sekiranya apa yang aku lakukan padanya daripada perkara-perkara yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan daku dengan pahala atas yang sedemikian itu, maka aku memohon kepada-Mu, Wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerimanya daripadaku dan janganlah Engkau memutuskan harapanku daripada kurniaan-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mulia.
~Doa awal tahun~
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam.Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, Engkaulah Yang kekal abadi,Yang Qadim,Yang Awal dan di atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.Kami memohon pemeliharaan kepada-Mu di sepanjang tahun ini daripada syaitan yang rejam dan pembantu-pembantunya serta tentera-tenteranya.Kami juga memohon pertolongan-Mu daripada nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan usaha yang mendekatkan kami kepada-Mu,wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.
amin...amin...amin...
Selamat menyambut tahun 1432H....moga lbh baik daripada sebelumnya...sematkan azam yang baik di thn 1432H ini...
Salam hijrah...

No comments: