Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, May 28, 2011

sUka~rEla~waN

Anjung Singgah tempat gelandangan berteduh
KUALA LUMPUR 23 Mac – Nasib golongan tidak berumah atau gelandangan akan terbela apabila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menubuhkan sebuah pusat sehenti khusus buat mereka untuk berteduh.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pusat sehenti intervensi yang dinamakan Anjung Singgah itu khusus untuk warga tempatan bertujuan menangani pelbagai isu golongan tersebut di samping mengurangkan jumlah mereka di negara ini.

Melalui pusat tersebut katanya, pihaknya turut menyediakan perkhidmatan secara holistik bagi membantu golongan tersebut untuk membina sebuah kehidupan baru.

“Ini termasuk menyediakan pemeriksaan kesihatan, kaunseling dan bantuan kebajikan kepada golongan gelandangan yang layak.

“Di samping itu, kita juga akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan seterusnya membantu golongan tersebut meningkatkan kualiti kehidupan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar penubuhan pusat tersebut di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Datuk Sayed A Rahman Sayed Mohd.

Shahrizat berkata, bagi memantapkan proses intervensi, kemudahan tempat penginapan untuk tempoh satu hingga dua minggu disediakan kepada mereka.

Ini kata beliau, ia bertujuan membantu mereka untuk berdikari dan mencari pekerjaan serta mendapatkan penginapan yang sesuai.

Shahrizat berkata, Anjung Singgah yang ditadbir oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) akan memulakan operasi di Bangunan Ehsan di Jalan Hang Lekiu di sini pada 9 April ini.


###sumber:Utusan Malaysia Online###


Salam


Alhamdulillah...Diha menjadi salah seorang kaunselor sukarelawan di situ.Membantu mereka yang memerlukan bantuan.InsyaAllah.
Salam bantuan.

No comments: