Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, December 31, 2010

rUmuSaN inTerNsHiP

Salam

Secara keseluruhannya, melakukan internship di Penjara Wanita Kajang ini memberi pengalaman baru kepada saya kerana bukan mudah untuk mendapatkan pengalaman seperti ini kelak. Dengan klien yang mempunyai kesalahan dan masalah yang berbeza dan ada yang mempunyai masalah yang sukar dijumpai di dunia luar tembok tinggi ini. Sebagai kaunselor baru, dengan pengalaman menjalankan sesi kaunseling serta bimbingan banyak membantu saya lebih memahami dan merasai apa itu sesi kaunseling dan mengajar saya erti kehidupan yang berbeza daripada perkara biasa.
Klien yang hadir juga memberi kerjasama dan memudahkan sesi kaunseling dan bimbingan yang dilaksanakan. Pengalaman berjumpa klien yang sebegini menjadikan saya lebih memahami kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran. Selain itu juga, saya dapat mengetahui pengurusan penjara yang selama ini hanya didengari dan dilihat di kaca televisyen dan surat khabar. Pengalaman yang berharga ini banyak membantu saya menjadi kaunselor yang mempunyai pengalaman dengan klien yang sedemikian. Di harap juga terdapat rakan-rakan yang lain memilih penjara sebagai tempat internship pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja membantu kaunselor baru mengendalikan pelbagai kes yang berlainan malah dapat menguatkan diri serta mematangkan diri agar menjadi kaunselor yang berkesan, insyaAllah.


hihihi...skema kan ayat...ini antara ayat report Diha....alhamdulillah...semalam,30 Disember 2010-Khamis Diha selamat tamatkan internship di Penjara Wanita Kajang.

Salam

2 comments:

h@L!MuN@n said...

alhamdulillah..akhirnye!..
insyaAllah diha boleh jadi kaunselor yg berdedikasi..:D

ilhamwadihan said...

tQ kak nad...insyaAllah...;-)